01 May 2013

Irfan Hadi Part 1

"Err..Biar betul ustaz." Tanya aku sambil berdebar yang hilang akal punya cuak.


Aku memandang tepat wajah Ustaz Mahyuddin tapi berbalas dengan muka bersahaja Ustaz.


"Betul, ia salah satu rukun Islam. Wajib awak faham, benarkan dengan hati dan lafazkan secara lisan. Kalau awak tak bisu lah." Sampuk Ustaz Redzuan berseloroh. 


Aku semakin buntu. Keputusan yang aku ambil sebentar lagi memang akan mengubah haluan hidup aku. Suasana dalam bilik tersebut semakin tegang apabila ketiga tiganya berdiam seketika. Fikiran aku semakin celaru.


"Habis tu ustaz, borang nanti nak ambil kat mana?" Tenung aku ke muka ustaz Redzuan.

"Tak apa, yang selebihnya tu ustaz akan uruskan. Sekarang ni, kita buat rukun yang pertama dulu. Ustaz Mahyudin akan jadi saksi. Apa yang ustaz sebut sekejap lagi, awak ikut lafaz sekali." Terang Ustaz Redzuan.


Binawei, pertama kali aku menyesal sebab tak ikut cakap Syafiq Bakar, malam tadi dia dah pesan kat aku untuk practice lafaz syahadah. Syafiq Bakar ni selalu aku tak berapa amik port sangat apa yang dia cakap. Banyak bedo'oh dari yang benar. Hari tu orang kat surau tengah baca wirid lagi dia dah balik terpacak mengadap DOTA. Kadang kadang rasa seronok juga kalau boleh tapak muka Syafiq ni, sebab malam malam dia tak respect betul aku nak tidur, volume laptop dia buh sehabis boleh.


"Ok, ready ikut Ustaz ye." Aku terkebil kebil tak terjawab Ustaz Redzuan. Aku hanya mengangguk mengiakan.

"Ashaduu....."


*****


"Alhamdulliah, sekarang awak seorang muslim. Semua urusan pendaftaran nanti biar kami berdua yang uruskan." Jelas Ustaz Mahyudin dan aku hanya mengangguk lega.

"Awak mengucap macam mat salleh mengucap."

"Oh ya, lagi satu. Awak dah pilih belum nama Islam awak?" Ustaz Redzuan boleh boleh tak nak lepaskan aku balik macam tu.

"Ermm..belum lagi ustaz. Kena tukar nama ke? Taknak lah ustaz." Tanya aku kehairanan. Bab ni Syafiq Bakar tak beritahu pula brief dekat aku. Aku terkial kial sekejap. Namun tetap berkeras.

"Adalah lebih baik untuk dapatkan nama baru. Nama itu sebuah doa untuk kita. Maksud nama yang elok akan mendoakan kita apabila setiap kali orang memanggil nama kita." Terang Ustaz Redzuan lagi. 


Aku termati kutu sebentar sebab tak prepare untuk yang ini, lebih lebih lagi lawan aku dua bertimbal aku seorang. Tapi aku tetap tampilkan muka yang tenang bersahaja untuk mengatasi hal ini. Maksud tenang di sini ialah muka yang bersahaja walaupun berdepan dengan dugaan makam tinggi, tertumpah air panas kat lengan sambil boleh menguap contohnya.


"Sebenarnya ustaz, saya dah ada nama pilihan saya sendiri..." Sahut aku tergantung.


Aku menghela nafas perlahan. Ustaz Mahyudin dan Ustaz Redzuan kedua duanya memandang tepat muka aku seakan dengan penuh debar. Aku membuat reaksi jiwa kacau sebentar sambil menggaru kepala. 


"Sebenarnya ustaz, saya nak orang panggil saya Roy. Boleh tak nama tu Ustaz?" Tanya aku selamba.


Ustaz Mahyudin dan Ustaz Redzuan mengucap berselang ayat apa entah dia orang terkumat kamit sambil mencari Inhaler orang sakit asma.


Oh Tuhan....


*Berambung..

06 December 2012

Berjanji

Off di hujung minggu memang rare bagi aku. Jadi peluang ini aku gunakan untuk hangout dengan Supian, Mamat dan Ijat. Tiga tiga member sekutu aku kat UTM dulu. Tiga orang ni kalau tak ada, memang aku hanyut la dulu dek kerana kejutan budaya orang Johor. Akrab kami berempat ya rabbi Tuhan saja yang tahu. Perangai masing masing aku masak.


Semua telah sepakat bersetuju Sabtu petang pukul lima petang jumpa di Secret Recipes Paradigm Mall, nak makan Cheese Cake katenye.



Petang tu aku sampai Paradigm Mall pukul empat setengah. Terus aku naik tingkat tiga beli tiket 3D cerita "Life of Pi". Show pukul lima petang punya.



*****



Habis movie pukul tujuh suku, aku turun bawah terus ke Secret Recipes. Ada Supian je baru sepuluh minit sampai. Mamat dengan Ijat pulak mesej kata on the way.



Kalau berjanji dengan Ming Hua tapi aku pergi tengok movie dulu, mau kene maki aku.

16 September 2012

Sembang Gay

"Mana kau tau dia gay?" Tanya Linda kepada Amri yang duduk menghadap aku.

"Tu hah, si Fazrul tu ada nampak dia hari tu, keluar dengan jantan, pakai baju V-neck. Pegang tangan pulak tu!" Jawab Amri perlahan sambil menggulung mi di pinggan.

"Ish, kau ni. Tak baik tau!" Cuba Linda menepis dakwaan tersebut.

"Alah..kau tak tahu, hari tu tengah malam dia call aku, sangap batang katanya. Nak small try aku ler tu!" Jawab Amri mulut penuh dengan mi.

"Astaghfirullahalazim...bahasa ko tu, aku cili mulut kau tu baru tau!" Jawab Linda.


Kami bertiga tertawa kecil. Sambil itu mata aku ralit memandang skrin TV kat kedai Mohan, melihat tim Manchester lawan Wigan. Suasana riuh kerana ramai peminat MU yang turut turun makan roti canai. Kat rumah macam tak ada Astro pulak budak budak ni. Aku nak berborak pun susah, bising.


"Kau sokong tim mana Lin?" Tanya aku separuh menjerit.

"Haaa? Tin ape?" Tanya Lin balik dengan dahi berkerut.

"Tim la...tim! Pasukan bola!" Jawab aku dengan lebih dekat. 


Tiba tiba,

GGOOOAAAAALLLLLLLLLLL!!!! 


Fan MU mula bersorak dengan gol yang keempat tim itu. Perbualan terganggu sekejap.


Linda yang tadinya mengunyah roti canai kini memandang semula aku.


"HAHAHA...AKU MANA PERNAH MAIN!" Jerit Linda padu ke muka aku.


Kedai Mohan tiba tiba senyap. Semua mata kini tertumpu melihat Linda. 

Aku kemudiannya terus berpura pura angkat phone, Amri pula terus ke sinki belakang cuci tangan walaupun makan pakai garpu.

12 September 2012

Perihal Bola

Bagi aku, bab paling best dalam hal perbolaan ni bukanla menengok pemain bolo menyepak masuk bolo kedalam gawang ataupun melihat aksi pemain bolo bertarung dalam padang untuk menyepak masuk bolo, tetapi adalah untuk membahan peminat main bolo. 

Satu orgasm padu bila tim bolo yang disokong kita menang kerana hari berikutnya kita boleh berlagak dengan peminat peminat tim bolo yang lain. Dan hari ni, tim Malaysia tumpas kepada Vietnam 2-0. Benda ni aku dah ramal awal awal lagi, sejak separuh masa pertama lagi, masa Safee Sali pancut awal. Yang lain lain tu hanyalah mepermainkan perasaan umat Malaysia dengan membuat cubaan garang tapi tak jadi. Tak ke babi?

Macam manala aku nak mengadap abang katering kat Hanoi besok ni. Ada sekali hari tu masa Vietnam tewas, abang abang katering kat Hanoi aku buat lauk, kena bahan. Macam mana la aku nak bertarung dengan jurus umat Viet Cong ni karang.

Ape ape hal, baik aku smayang Isya' dulu.

22 July 2012

Ramadhan #2 Azan

"Pis...Bangun pis. Dah nak masuk waktu dah ni."


Hafiz Asrul menggeliat bangun dikejut aku. Malam tu aku dan Hafiz tido kat surau, banyak berborak dari qiamullail la tapinye, sampai dua per tiga malam.


"Masa dah nak habis dah pis, minum je air mineral tu, amik barakah sahur." Ujar aku lagi.

"Gile ah, boleh pula tak sedar. Baru hari kedua, macam mane ni pan." Jawab Hafiz bersuara halus.


Air mineral tadi Hafiz buat berkumur, cilake, aku baru minum sikit. Tapi aku abaikan, nak togok lagi pun tak sempat, waktu dah masuk.


"Weh, tak ade orang lagi la, kau pergi azan pis." Suruh aku kepada Hafiz.

"Pan, suara aku hilang la."

"Haaa? Ape dia?"

"Suara aku hilang, hilang faham?"

"oo..jadi, macam mane ni?"

"Macam mane ape pulak, kau la azan!" Tegas Hafiz lagi.


Mendengar perkataan Hafiz tu lutut aku menjadi lemah, peluh sejuk mula terbit kat leher aku. Hafiz pula bergegas ke bilik peralatan untuk menghidupkan PA system. Tidak lama kemudiannya, microphone diacukan kepada aku. Scene tersebut tak ubah macam hero filem omputeh kena acu dengan pistol, saat penentuan hidup mati.


"Kau ni betul ke pis? Aku mana pernah azan, kena azan pun tak pernah." soal aku teragak agak.

"Yer la..dah, cepat!" 



*****


Selepas salam solat sunat sebelum fardhu subuh, kedengaran motor ustaz Mahyudin parking kat tepi surau. Hafiz kat sebelah aku masih lagi terkumat kamit membacakan zikir dengan khusyuk. Entahla, tengah lena pun boleh jadi mamat tu. Ustaz tak lama kemudian datang dari arah belakang sambil memberi salam. Kelihatan budak budak lain pun turut datang pagi tu, cukup satu saf ramainya. Ustaz menghampiri aku lalu berbisik,


"Pan, awak ke yang azan tadi?"

"Haah...kenape ustaz?" Angguk aku perlahan sambil memandang ustaz dengan nervous.

"Takpe pan, boleh diperbaiki lagi." Sengih ustaz.


Cilake, pagi tu aku sahur makan dalam. Tak ape, lain kali aku tak nak azan, aku nak nyorok belakang kolah. Bior satu matrik batal puasa. 


*****


"Pan! Awak nak try iqamat tak?"

"Tak nak ahh!"


Bersambung...

21 July 2012

Ramadhan #1 Mazhab

1 Ramadhan, 2007.

Selesai solat sunat terawih yang luar biasa panjangnya bagi aku, aku pergi ke bahagian belakang surau. Baru lapan rakaat je aku dah termengah, terkial kial nak cari air oren. Aku melabuhkan punggung aku. Ternampak Hafiz Asrul memandang aku dari jauh lalu pergi kat aku dan menyapa,


"Pan, amacam terawih pertama kau? Ok tak?"

"Macam tu le pis..."

"Dah dua bulan dah kau syahadah ni, ade ape ape kemusykilan tak?" tanya Hafiz membuka perbualan.

"Alhamdulillah..setakat ini, ape yang di ajarkan aku faham." aku cuba mematikan topik.

"Ooo..bagusla macam tu.." Hafiz mengangguk perlahan.


Tiba tiba sesuatu terdetik dalam hati aku,


"Oh ya, ape maksud bagi istilah Mazhab ye?" soalan yang padu aku ajukan.


Hafiz Asnan menarik nafas dalam lalu menjawab,


"Menurut Islam, istilah mazhab secara umumnya digunakan untuk dua tujuan yang utama iaitu dari aspek akidah dan dari aspek fiqh. Mazhab akidah merupakan perkara perkara yang mempunyai hubunngkait dengan soal keimanan, tauhid, qadak dan qadar, dosa, pahala, syurga, neraka, kerasulan dan sebagainya. Antara contoh mazhab mazhab akidah Islam ialah Mazhab Syi'ah, Mazhab Khawarij, Mazhab Mu'tazilah dan Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Setiap kumpulan Mazhab akidah ini pula mempunyai mazhab mazhab fiqhnya yang tersendiri. Mazhab fiqh pula ialah apa sahaja yang berkaitan dengan soal hukum hakam, halal haram dan sebagainya. Contoh mazhab fiqh bagi Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah ialah Mazhab Maliki, Mazhab Hanafi, Mazhab Hambali dan Mazhab Syafi'e."


Aku tercengang sekejap, jawapan Hafiz tadi tu dia hembus senafas je. Tiba tiba aku rasa jakun dek ilmu makam tinggi si Hafiz Asrul ni.


"Haa, kau faham tak ape aku cakap tadi?" tanya Hafiz lagi.


Aku termenung sekejap, otak aku tengah ligat menyusun atur soalan lajutan untuk mengelakkan kecelaruan maklumat yang aku tengah alami. Aku perlahan menoleh semula tepat ke muka Hafiz untuk mengajukan soalan akhir.


"Jadi, kau Mazhab ape pis? Same tak kite?" 


Seraya itu Hafiz terbatuk batuk lalu pergi mendapatkan inhaler beliau.


Bersambung...

13 June 2012

Makwe Bank.

Petang yang damai di Maybank. Sampai di bank aku straight ke kaunter amik nombor berjumpe dengan makwe jaga mesin nombor. Makwe tersebut menguntum senyuman tepat ke muka gua.


"Boleh saya bantu encik?", tanya makwe.

"Saya nak keluarkan semua deposit saya dan tutup akaun tersebut."

"Akaun jenis ape encik?"

"Premium value saver." 


Tiba tiba terbit muka jakun di muka makwe bercampur gelisah lalu bertanya lagi,


"Eerrr... Maybank ke cik?"

Gua lalu memandang semula ke makwe tersebut.



"Tak, Public Bank." Jawab gua padu.


Serta merta makwe nombor terkial kial mencari borang yang patut dan refer ke pegawai dalam pejabat sebelum patah balik kat gua untuk memberi nombor.

25 May 2012

Ilham

Ape nak jadi dengan blog aku, taip taip save draft, taip taip save draft. Lambat betul nak siapkan satu post.


Otak ilham aku ni nak tunjukkan sesuatu la tu.

15 May 2012

Kenapa Setiap Tindakan Kita Perlu Power?

Dalam mengejar arus perdana pembangunan dunia hari ini, umat manusia telah menjadi semakin kompetitif untuk memastikan kelangsungan hidup setiap kaum di bumi ini. Kaum yang produktif, rajin dan bijak akan menjadi kaum yang maju dalam segala aspek dan akan menjadi bahan perbualan di History Channel di astro lima puluh tahun akan datang. Untuk menjadi kaum yang maju seperti itu, segala tindakan kita haruslah power dan disulami idea dan pelan yang bijak. Untuk ke arah itu, kita juga perlu rajin ke sekolah untuk belajar sehingga khatam dan pandai, bukannya duduk kat dataran merdeka. Setiap tindakan yang kita lakukan, walau sekecil mana pun harus mendatangkan impak dan mendatangkan faedah, kerana kita akan dinilai melalui tindakan kita pada masa depan.


Kenapa tindakan kita perlu power? Kenapa?


Kerana dua puluh akan datang jika umur kita panjang dengan izin Allah, kita mungkin akan bertemu kembali dengan member member lama kita dan lepak kat kedai mamak. Dan kita tidak ingin jika member kita bertanya,


"Mat, engkau ke yang menonggeng depan rumah Datuk Ambiga tu dulu?"


Ex-army veterans "exercise" outside Ambiga's house

KUALA LUMPUR: A group of former army veterans held a protest outside Bersih co-chairman Datuk S. Ambiga's house in Bukit Damansara on Tuesday.

About 10 members of the Malay Armed Forces Veterans Association performed butt exercises at about 8.30am calling Ambiga "an enemy of the nation" who had tarnished the country's image.

Ambiga later came out of her house to receive a poster from the group.

This is the second demonstration to be held in front of her house. On May 10, a group of traders, upset over the loss of income from the April 28 rally, held a "burger protest" outside the house.


12 May 2012

Ibu

Kreekkk..


"Boy!..o boy.., bangun!" Jerit mak aku keras selepas membuka daun pintu. 

"Apela nak jadi dengan kau ni. Matahari dah tegak kat kepala! Cepat pegi mandi, sini bukan macam kat kolumpo, sini zohor masuk awal!" 


Tanpa membantah, aku mengheret kepala aku yang masih berat bangun dan menuju ke bilik air untuk mandi sunat jumaat.


"Mak!!..abah pagi tadi pakai motor tak?" Tanya aku kuat sambil berkemban dan mengeringkan rambut.

"Tak, bapak kau kerje ke pekan hari ni. Dia pakai kancil!" Jerit mak dari dapur.

"Tu haa, spender kau ada kat ampaian tu. Dah kering dah agaknya."


Power betul mak aku meneka fikiran gua. Aku dari tadi membelek robok mencari seluar tapi tak jumpa. Aku turun tangga ke dapur menengok mak aku sedang ligat menumbuk ikan bilis nak dibuat ke sambal belacan. Belum sempat aku mencapai kunci motor dekat tiang dapur, mak aku menjerit 


"Boy, makan dulu. Ada pucuk manis kegemaran kau kat atas meja tu!"

"Mana mak, mana?"

"Tu haa..tu..atas meja!"

"Pergghh.." 


Tak melihat kiri kanan aku mencapai pinggan lalu mencedok nasik. Dekat tiga kali tambah jugak nasik aku tengahari tu.


"Mak, kalau sekali sekala kite pergi makan ke kepsi pun seronok jugak kan mak?"

"Banyaklah kau. Bulan ni adik kau nak pakai duit. Ada rombongan sekolah minggu depan katenye."

"Ke mana pulak mak?"

"Entahla, lawatan sambil belajar ke kilang tayar pekan sebelah. Lepas tu terus berkhemah kat air tejun dekat dekat situ."

"Ohh..begitu." Aku mengangguk perlahan.

"Belum engkau lagi, kau bila nak naik sem ni?" Tanya mak aku.

"Minggu lagi satu mak!" Sahut aku dengan mulut penuh nasik.

"Nanti dapat ke duit ptptn kau tu, mak nak mintak dua ratus. Mak nak jahit langsir ruang tamu tu."

"Baik mak!" Sahut aku laju.


Aku terus bergegas ke motor. Kalau tak silap, azan pertama dah berkumandang kejap tadi.


"Boy! Nah, sepuluh ringgit. Beli kicap kat kedai pak man telo nanti. Baki nanti kau tuang minyak motor abah kau ni." 

"Hati hati bawak motor. Habis terus balik. Jangan nak merayau, jangan nak melepak dengan kassim tu. Takde masa depan kau nanti." Tokok mak aku.


Aku hanya sempat mengangguk.


*****


"Mak, orang kat kampung, orang kat kedai semua gelor boy jahat mak." Luah aku pulang dari masjid.

"Boy dengar diorang bisik bisik tadi." Tokok aku.

"Biorle diorang tu boy. Jangan kau jahat ke mak sudah." 

"Nanti kau dah besar jangan lupe ke mak pulak." Tambah mak aku.

"Baiklah mak.."


Aku terus memeluk mak aku sambil mak aku mengusap rambut aku.


*****

Hari ni aku tak tau mak aku makan ape kat rumah. Nak talipon, dah lewat. Besok je la. Semoga mak bapak aku serta adik adik aku turut mendapat nikmat iman dan Islam.

Sayam mak banyak banyak.

15 April 2012

Kajian dan sikap.

Incheon, 11 April.

Hujan sedang lebat mencurah di bumi kpop, gua duduk merenung jauh ke pintu lobi hotel sambil meneguk teh panas. Dibalik lif muncul seorang kpop berpakaian sukan sambil bermandi peluh duduk di meja sebelah gua. Baru balik dari gym agaknya.


'Hai, I'm Sebastian."Pandang gua senyum sambil terus menghirup teh panas.

'I'm Li Kim Eun, call me Jane.'


Ppffffttttrrrr..!!! Tersembur air teh dari mulut gua teerkejut mendengar mukadimah dari Jane. Cepat cepat gua ambil tisu untuk lap lap, nasib baik tak menghala ke muka Jane.


'So, you are the Korean Crew for tonight's flight?' Tanya gua.

'To Kuala Lumpuru? yes yes.' Ujar Jane pelat sambil mengangguk laju.

'O..I see.'


Gua sambung termenung ke hujan di sebalik pintu lobi dan terkenang kembali ke crew yang bernama Samad tempoh hari, tapi panggil Sam je. Entah apa khabar Sam sekarang, nak fly balik dengan dia memang umpama mencari jarum dalam jerami. Dengan jumlah crew yang hampir mencecah empat ribu, rotation roster untuk fly balik memang misi yang angan angan Liverpool. 

Disebalik rase kelakar, gua sedih mengenangkan Samad @ Sam ni, sedih mengenangkan umat melayu! Mungkin dah tiba masanya gua untuk melakukan kajian kemasyarakatan dalam mencipta satu mekanisme untuk memulihkan jati diri anak anak melayu. Hipotesis dan infrens gua dah draft dalam kepala, survey pulak gua ingat nak guna fesbuk polls dan blogger polls aje. Nak bagi surveyer form, haram umat melayu ni malas nak isi. Perancangan murni gua semakin rancak bercambah dalam kepala gua. Gua semakin tajam merenung kosong ke pintu lobi sambil ligat berfikir. Mata gua sedikit pun tak terkebil.


Cilake! Teh gua dah habis rupanya. Lupe tadi dah tersembur setengah cawan. Pandai berguarau jugak makwe korea ni. 

Terus gua balik ke bilik, tidur. Malas gua nak sambung berangan.

12 April 2012

Pemandu India #1

Jalan Tun Sambathan, 8.09 p.m.

Gua tak tau celake ape yang meriah sangat kat sini sampai double parking. Jalan pula memang dah sedia sempit, tambah lagi peak hour. Dua lorong jadi satu lorong, sah sah sesak. Masuk gilir gilir. Menyusahkan gua yang nak cepat cepat balik makan nasik. Sampai ke minah india sebelah gua ni, gua bagi chance la gerak dulu. Dekat dua puluh saat juga gua bagi chance tapi tak bergerak. Fine.

Bila gua tekan minyak, dia pulak sibuk nak ikut sama menyelit. Mujur side miror gua tak calar, mujur. Berbabi babi gua maki dalam kereta. Semoga kau ditunjukkan jalan kebinasaan.

Belum lagi gua buka cerita pemandu lori india ni.

27 March 2012

Bunohan


Gua dah lama perati mamat ni. Sejak dia berlakon 'Gadoh' lagi. Rasanya belum terlambat lagi gua nak bagi review pasal filem 'Bunohan' ni. Baru baru ni gua ada pergi tengok, bagi memberi sokongan kepada industri perfileman malaysia. Biasa kalau cerita melayu ni gua memang stok download dekat syok.org je. Tetapi memandangkan penampilan Faizal Husein yang agak rare di scene filem Malaysia sekarang telah menguatkan lagi hasrat gua menengok filem ni.

Tetapi memang lumrah dunia, harapan yang menggunung pasti akan dikecewakan. Setelah trailer yang power dan intro yang meyakinkan, seterusnya hampeh. Gua pancut awal tengok cerita tu. Nikmat menonton tidak bertahan lama. Pengembangan plot cerita kucar kacir dengan teknik flasback yang pengarah gunakan. Isi cerita adalah samar samar sampai ke hujung cerita. Celaka apa punya filem, cerita pasal konflik keluarga berebut tanah tapi trailer buat cerita kickboxing bertema gengsterism. Babi.

Namun, berjayanya filem ini kerana cinematografi dan fotografinya memecah tradisi filem Malaysia sekaligus menapau filem filem Khabir Bhatia. Filem ini juga gua tengok berani mengetengahkan dialek kelantan dalam hampir 80% daripada filem tersebut.

Antara perkara yang gua respek dalam filem ini ialah, babak Faizal Husein yang diurut koteynya sebelum keluar menjalankan misi membunuh. Seterusnya ialah babak babak daring dimana aksi tetak menetak dan toreh menoreh menggunakan kerambit turut menjadi sagu hati gua pada hari itu. Dan part yang paling best, filem ini tidak banyak menggunakan makwe makwe artis yang sekadar teaser cuma.

Filem tersebut mungkin menjadi lebih baik kalau Faizal Husein menjadi watak utama manakala watak Zahiril Adzim perlulah diserah kepada Kazar. Baru tergambar muka bengis yang padan dengan sifat watak pembunuh tersebut. Adalah lebih baik kalau diteruskan saja plot cerita orang berlawan kickboxing dan bukannya melencong ke plot tipikal filem melayu - berebut harta antara keluarga.

Bayangkan, kalau berbekalkan cinematografi dan fotografi yang ada dutambah dengan plot cerita berdasarkan adventure, dendam dan kickboxing, nescaya trilogy filem Ong Bak boleh kena tapau. Namun... Standard filem melayu, reti nak buat elok elok.


Maka kekalah filem melayu yang standardnya 'download kat internet aje.'

Member

Pemandangan dari rumah gua di tingkat sebelas, kondo yang namanya terpaksa gua rahsiakan. Terpampang suasana sebelum maghrib di lebuhraya Mahameru menghala ke Jalan Tun Razak. Keadaan ini adalah antara keadaan yang paling lengang bagi jalan jalan di kota kolumpo. Bangunan tinggi tu pula ialah bangunan UMNO, bersebelahan dengan PWTC.

Bila terkenangkan PWTC ni, gua sedikit kecik hati. Beberapa bulan lepas, persatuan anak negeri Sarawak ada buat majlis makan makan kat situ. Gua pun mohon dengan salah seorang orang kuat persatuan Mahasiswa Sarawak UTM tempat gua belajar dulu. Namun tiada respon. Bukan gua nak datang makan free, walhal buat entrance fee RM100 tapi takde makan makan pun gua datang jumpa member member lama. Entahla, mungkin Alumni tidak dibenarkan ikut serta kot.

Member, gua nak belanja lepak tengok wayang, taknak, gua nak belanja secret recipe, taknak, gua nak ajak lepak genting main game, taknak, gua nak belanja main boling, taknak.

Bila bercerita pasal member ni, memang kerja gua je makan hati. Petang ni gua nak pergi tengok cerita John Carter 3D, tengokla sat lagi, mesti kutuk gua tak ajak. Pundek.

26 March 2012

Syaitan

Sebelum kejadian manusia, wujud Azazil yang digelar Imam para malaikat. Namun, keingkaran Azazil untuk sujud kepada Adam menimbulkan murka Allah s.w.t. Sejak itu Azazil digelar sebagai iblis. Walaupun Iblis dilaknat Allah, namun Iblis memohon agar tidak dimatikan sehingga kiamat. Sejak itu Iblis bersumpah untuk menyesatkan Adam dan Hawa serta seluruh keturunannya. Maka wujudlah juga para pengikut iblis yang terdiri daripada golongan Jin dan Manusia yang khufur, yakni syaitan.

Cubaan sulung syaitan untuk menyesatkan manusia cukup berjaya dimana Adam dan Hawa telah diperdayakan  untuk memakan buah khuldi. Sejak itu, syaitan menjadi semakin pintar. Segala tipu daya syaitan semakin power. Sejarah peradaban manusia telah membuktikan banyak kekacauan dan kemusnahan mukabumi ini berpunca daripada mereka yang khufur.

Bermula dari kebinasaan firaun, terus ke zaman hitler sehingga ke tempoh kebangkitan fahaman komunis di rantau asia timur  yang menolak pengamalan sebarang agama, telah menjadi bukti kukuh akan azam syaitan ini. Kini syaitan tampil menjadi satu entiti yang sangat pintar iaitu.....


Kad Kredit.

11 March 2012

Kebiadapan yang bersinar


'Ladies and gentlemens, here is your captain speaking from the flight deck. Due to technical problem, i am regret to inform you that we are turning back to Kuala Lumpur because of safety measure. We are expected qto arrive at KLIA 3.10 pm local time. I will come back for update once we command for descend. Thank you.'


Cilake, gua baru selesai meal service. Apesal tak announce awal awal, ni tak, sia sia, nanti kena buat balik. Jadi dua kali kerja. Panjang hari gua hari ni. Perlahan gua sorong cart gua menghadap passenger gua yang terakhir. Belum sempat gua offer menu tengahari tu, mat salleh tu memandang tepat gua sambil bertanya.

'What happen actually? I am scared.'

Muka mat salleh tu berpeluh peluh gua tengok. Cabin pulak hilang akal punya sejuk dia boleh berkeringat lagi. Gila punya takut mat salleh ni.

'Owh, I have no idea sir. The captain refuse to inform anything about it to the crews. Don't worry, everything will be find.' - Tipu gua kemas.

Namun mat salleh ni makin menjadi pula soal dia gua tengok.

'Are you sure? What sort of technical problem is it? I want to go home right now.'

Passenger gua tu mula nak meracau nampaknya. Gua bercakap je belum apa apa dia dah nak mencelah. Tak kena cara, boleh jadi delay meal service gua ni.

'You better be sure that we are going to be alright, or else i will write about you!'

Amboi amboi mat salleh ni. Lu tunggu...tunggu lah. Gua letak balik tray gua, gua tarik sikit neck tie gua, gua dekatkan muka gua ke mat salleh tu.

'Sir, frankly speaking, there are no way that we will survive this. The aircraft's radar is suffer from malfunctioning. It's like driving with closed eyes! Scary is it? I'm not done yet, we are cruising on 800 km per hour with 50 ton of fuel. We are also 40 thousand feets above sea level, can you imagine the impact that we will face? You will burned to the bone depth and the burning sensation will rush through your veins and lastly, you become crispy black meat in no time and turn to ash after sometime. After that, you may rot in hell ever after.'



Lima minit passenger tu tenung gua.

21 February 2012

Mengambil Lesen

Buat kelima kalinya, gua menduduki ujian praktikal memandu. Buat kesekian kalinya juga gua menghadap muka pegawai JPJ.

Kali ni persiapan gua rapi, kiri kanan lampu depan belakang cermin gua kasi ejas. Gear gua kasi free sebelum enjin gua start. Gua mula bergerak memacu Produa kancil setelah di arahkan brader JPJ. Sepanjang perjalanan sebelum masuk ke highway Seri Gombak segalanya berjalan lancar, brader JPJ pun rilek je bersiul lagu Green Day. Muke kalau diperati memang stok nak makan kaki, pakai spek hitam kepala botak. Kalau mengaku Pitbull, on the spot gua turun dan bakar kereta tu dengan brader brader tu skali.

Setibanya di simpang tiga, gua amik turn belok kiri masuk ke highway. Sedang stereng gua pusing kemas ke kiri, tiba tiba brader JPJ suruh gua stop dan berhenti di bahu jalan.

"Awak kalau nampak garisan, awak sepatutnya berhenti tau!" kata brader JPJ separuh menjerit.

Tiba tiba gua jadi jakun. Gua toleh toleh belakang balik, celah mane pulak ada garisan ni detik hati gua. Lainlah kalau gua belok kanan, kena berhenti sebelum garisan tu.

"Awak ni dah masuk kategori memandu secara berbahaya ni sebab tak berhenti pada garisan." Tambah brader JPJ lagi.

Gua terpinga pinga tidak puas hati, gua berlari ke tempat kejadian. Baru gua perasan jalan tu ada garisan laluan untuk pejalan kaki melintas jalan. Garisan putih pudar tersebut terbentang satu meter setengah di jalan yang gua lalu tadi. Cilake! Sape punye kerja yang tak cat garisan jalan ni?

"Maaf ye, kesalahan awak ni terlalu serius. Saya terpaksa gagalkan awak." kata Brader JPJ rilek.

Kalau gua hayun kepala paip, sah sah gua tak dapat lesen. Oh fakkk. Gua terpaksa menggunakan taktik terakhir gua.

*****


"Ok, jalan depan sikit. Berhenti kat belakang wira tu."

"Cun, siap dah. Nanti hari Jumaat awak boleh datang ambil lesen awak." tambah brader JPJ senyum lalu bersiul.

"Baiklah, terima kasih encik." balas gua.


Fuhh..mujur mujur... cukuplah lima kali, tak hadap gua nak belajar memandu ni lama lama. Namun demikian, gua terpaksa batalkan hasrat gua untuk membeli Galaxy Note pada hari tersebut kerana kekurangan wang.

16 February 2012

Sung Yap

Waktu subuh masuk seawal jam empat setengah pagi. Gua hampir membeku walaupun aircond gua tutup semalaman. Heater bilik gua pula semput menjana bayu hangat supaya gua tenteram nak solat subuh. Telefon bilik gua berdering seawal jam enam pagi. Kedengaran suara Sung Yap di hujung talian konon konon nak buat wake up call untuk gua, mengingatkan gua akan plan hari ni. Cilake, bajet gua ni jenis tak bangun pagi ler ni.

Pukul lapan pagi, gua turun ke lobi dan melihat kelibat Sung Yap dah terpacak di situ. Gua menganggukkan kepala sebagai isyarat ke Sung Yap untuk terus masuk dalam perut shuttle. Gua dan Sung Yap tanpa winter coat gagah melangkah ke Taipei 101.

Gua dengan Sung Yap dan seorang lagi stewardess bersiar riang ria di Taipei 101 dan kawasan sekitarnya. Berbekalkan camera henset cap sony erriccson tahun 2008 gua secara profesionalnye mengambil gambar diri sendiri di sekitar kota metropolitan itu. Yang ajaibnya gua boleh buat bokeh lagi, panning jangan cakap. Mau tak terernye gua.

Sinonimnye aktiviti merayap ni tidak akan menemui kesudahan yang menggembirakan jika tidak makan. Puas tiga jam setengah melukis peta Taipei, masing masing perut kebulur. Mane taknye, brekfes tak pergi, winter coat pulak masing masing nak hero tak nak pakai. Tapi gua memang hero, bukan buat buat punya hero macam kutu dua orang tu. Gua still lagi boleh rilek makan singam dalam bayu dingin membeku.

Setelah masing masing selesai tersengih lapar antara satu sama lain, kami bertiga bertolak ke Xi Men naik metro. Sung Yap kate dekat sana ada makan murah dan sedap. Sampai satu jalan yang penuh bergelumang gerai makanan. Gua menjadi rambang mata.

Riang gua tidak panjang, gua rasa nak mengamuk lepas tu. Gerai gerai di jalan tersebut terpampang menu:


Nasi Babi
Babi kicap
Sup babi
Mi Sua Babi
Bak Kut Teh
Babi BBQ
Sosej Babi.


Sung Yap buat muka rilek je sedang gua dah mula kalut. Kalau dalam capaian gua, jangan tanya kenapa kalau Sung Yap terkena kepala paip.


Menyusahkan gua tau tak?

Xi Men Commercial Area.

10 February 2012

Insiden KFC

Gua perati je isu ini di laman laman blog, macam macam pandangan dilontar. Yang support kastemer lontar kat pekerja, yang support pekerja lontar ke kastemer. Tapi post post tersebut akhirnya menyalahkan kedua dua pihak, tak ada yang menang. Tak ke babi?

Dalam sepanjang pengalaman gua terjebak dengan kerja sebagai frontliner ni, gua sedikit sebanyak boleh menggambarkan insiden tersebut dengan dimensi penuh. Percaya cakap gua, marah macam mana sekali pun, bangang macam mana sekali pun, bertumbuk dengan kastemer adalah perkara yang terakhir yang akan terlintas di minda seorang frontliner.


Tapi kalau passenger kutuk gua punya team bola, memang gua jamin passenger tersebut akan makan kaki gua. Serupa dengan yang dalam video KFC tu.

06 February 2012

Kisah Chap Goh Mei

She's got a smile it seems to me
reminds me of childhood memories
where everything
was as fresh as the bright blue sky....
tenenenene....

Oh, oh, oh,
sweet child o mine
oh, oh, oh, oh,
sweet love o mine...
tenenenene...


Balik kerja tengahari tadi gua bersiul menyanyi dalam kereta. Gua ingat nais juga kalau gua install woofer dalam kereta gua, boleh karaoke.

Gua meluncur laju melalui lebuhraya mahameru lewat jalan parlimen menuju jalan ipoh, sambil bersiul. Sedang gua meluncur gua teringin nak shift ke gear lima, tapi terlupa pulak yang kereta gua automatik rupanya. Gua terlalu dua orang kutu naik motor warna putih kat tepi jalan sedang gua meluru laju, gua peratiii je dua orang tu.
Cilake, kutu dua orang tu cuba nak berlumba dengan gua. Gua dikejar sengit oleh dua orang kutu tersebut dan gua memang tidak mengalah.

Pergelutan untuk memotong gua memang berterusan sampai ke jalan segambut dan akhirnya sebelum memasuki lebuhraya Duke gua terpaksa aku dengan siren yang dibunyikan oleh dua orang kutu tersebut. Gua paut stereng kereta ke arah bahu jalan perlahan lalu berhenti. Dua susuk berpakaian seragam berwarna putih menghampiri tingkap kereta gua dan mengarahkan gua menurunkan cermin kereta.

"Encik, minta IC dan lesen encik." - kata Kutu 1


Gua dengan selamba menghulurkan IC gua.


"Mana lesen encik?" - Kutu 2 menyampuk dengan nada yang sedikit kurang ajar.


"Err..its in the IC sir, everything is in there, IC, licence, medical card, insurance..."

"Encik takde benda nak cucuk IC tu ke encik?" - tambah gua bahasa melayu, takut kutu kutu ni tak faham.


"Eh, mana ada!" - Jerit kutu 2 mengalih topik.


"Encik tahu tak ape kesalahan encik? Encik telah memandu melebihi had laju dan tidak berhenti sekatan kami." 

"Macam mana ni encik? Banyak kesalahan encik ni." - Tambah kutu 1 mengugut.


Gua senyap seketika.


"Nak settle macam mana ni encik? Nak tulis je ke nak errr...ehem!" - Kutu 2 mula kurang ajar.


"Woi! Amboi..sedap lu dua nak pau gua. Ni ha, sekatan ke? Adakah ini sekatan rasmi? Sapa authorize? Sapa supervised? Mana safety precaution? Lu dua tak baca circullar dari Tan Sri KP ka? Gua nampak lu dua isap rokok atas devider tadi adala."


Dua kutu tersebut terkedu sebentar.


"Lu kata gua lebih speed, mana foto speed trap? Lu pasti ke gua speed trap? Lu punya speed device ada calibrate ka? Ada certified?" - Tambah gua menyirap.


Dua kutu mula tercengang.


"Lu dua boleh tahan kurang ajar ye..name tag dah la tak pakai, kad kuasa tak tunjuk. Woi, ape staff number korang ni haa, nak gua report?"

"Macam mana nak settle lu dua ni? Banyak eror lu dua ni. Nak gua tulis report?" - Hembus gua menyirap.


Dua kutu tersebut saling berpandangan dan menggelabah.


"Err..takpelah encik, lain kali jangan drive laju laju ye. Hati hati. Maklumlah hari ni Chap Goh Mei, traffic tak tentu." - Ujar kutu 2 berpeluh.

"Nah encik, IC encik. Hati hati ye drive. Selamat malam." - kata kutu 1.


Tidak lama kemudian, kedua kutu tersebut beredar dan melenyap ditelan kegelapan malam.


Gua pun meneruskan perjalanan dengan memasang lagu Linkin Park pula.


*****

Lima tahun gua terjebak dengan memandu tanpa lesen, tak pernah gua jumpa polis trafik lembu macam ni. Ada hati nak pau gua, tak padan dengan bongok.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...