04 December 2010

First

YeaY!!! Post ini ditujukan khas buat Follower gua yang

PERTAMA

Setinggi tinggi penghargaan kepada


tepuk!

tepuk!

tepuk!

Jumaat

Hari ni gua bangun pukul 10. Tido lepas subuh memang tak terungkap nikmatnya. Mak gua dah bising bising, suruh gua bangun. Lagi dua jam setengah masuk waktu zohor. Mak gua memang giler sporting. Kasi ingat waktu solat lagi untuk gua. Tak pernah gua gadoh gadoh bab agama ni dengan family gua. Agaknya gua ada bakat berpolitik terpendam. (Lu ingat politik itu undi undi saja ka? Dalam rumah pun ada politik tau.)

1230
Gua turun rumah. Gua jalan kaki pegi surau pasal motor kat rumah buat perangai. Mau sepuluh minit gua jalan kaki. Sampai surau, gua nampak kosong!

Gua tak puas hati. Mana mungkin hari ini bukan jumaat pasal enset gua cakap hari ni hari jumaat. Gua belek pintu depan, pintu belakang dan tingkap surau. Memang sah. Takde orang. Gua dah mula cuak.

Nasib baik makcik yang jemur ikan kering dekat dekat situ datang kat gua. "Tempat semayang Jumaat dah tukar tempat la dik. Dorang buat kat surau baru. Bangunan dua tingkat kat simpang kampung nun."

Ciss! Tempat tu la gua lalu tadi. Mati mati gua ingat tempat tu pasar ikan. Gua patah balik. Sepanjang jalan gua memaki hamun. Kenapa benda ni boleh jadi?

Jawapannya ada pada Majlis Daerah Betong.

*****

Gua sampai lambat. Saff saff semua hampir penuh. Terpaksala Gua menyelit kat saff kanak kanak. Budak budak ni bukannya reti duduk diam. Maunye berlari lari dalam surau. Sekor sekor bau macam buaya. Sebab peluh berlari.

Lepas Iqamat je, laju laju gua masuk saff. Tak nak bagi kanak kanak ni penuhkan dulu. Ade yang belom wajib semayang pun lagi. Fuhh.. lu orang imagine, saff yang penuh dengan kanak kanak. Tiba tiba ada satu tunggul yang tinggi kat tengah tengah saff. Tak pernah gua semayang dikelilingi kanak kanak.

Kala gua semayang, concentrate dengan bacaan imam kat depan, Tiba tiba budak sekor kat sebelah aku ni mendongak, tenung muka gua. Gua malas nak layan. Gua buat tak tau.

Tak lama, dia main siku siku pulak peha gua. Belakang telinga gua dah mula merasa panas. Dia dongak balik, tengok gua dengan mata terbeliak. Gua still buat tak tau.

Kemudian, dia tarik tarik seluar gua pulak. Leher gua pulak panas. Nasib baik gua tak pakai kain. Kalau tak, buat free show je dengan budak budak tu. Dia dongak balik, tengok gua dengan mata terbeliak, serta mimik muka sedikit tak puas hati. Gua buat don't know.

Lepas tu, dia pijak pijak pulak kaki gua. Ok, dia berjaya. Gua dah menyirap. Gua hayun tangan gua kang batal semayang pulak. Takpe, gua tunggu.

Lepas je salam. Gua tenung budak tu. Dia jelir lidah lagi kat gua. Bangkai. Gua gertak dia balik. Dengan suara tinggi.

"Apa tengok tengok!. Cubit anu tu karang." Gua beliakkan mata.

Muka budak tu dah mula mendung. Tindakan bijak yang gua ambik, Cepat cepat gua turun tangga, pakai slipper. Gua cabut.

Dari jauh gua dengar suara budak nangis.

Ermm..minggu depan gua duduk sebelah imam la kalau macam ni.

02 December 2010

Balik Kampung

30 November 2010

Fuhh..
Hari ini gua balik kampung. Flight 1215 tghari.

Pagi tu lepas subuh, gua tak tido balik. Luar kebiasaan. Mane taknye, jiwa tak tenteram. Barang barang gua mengarai bersepah tak berkemas lagi. Gua kena kosongkan bilik sebelum balik. Tibe tibe je blok gua sem ni tak boleh tinggal tinggal barang. Polisi baru agaknya.

Gua mulakan operasi mengemas dengan barang barang gua yang dah sedia ada dalam kotak (barang tak pakai). Taruk dalam stor. Tiga kotak. Satu satu mau sama berat dengan guni baja. Siot. Tiga kali gua ulang alik tiga tingkat angkat barang masuk stor tingkat dua blok sebelah. Barangkali boleh hilang sebelah tangan gua kalau ada trip keempat. Lepas tu gua tengok baju baju gua. Hilang moral sekejap gua. Seakan takkan habis dikemas. Hampir meleleh air mata beb!!

Malas gua fikir. Gua kemas tangkap muat je. Baju baju yang terakhir gua dah tak lipat. Gua golong masuk dalam beg terus! Siap!! haha...

Gua buka almari. Adoiii.... ada lagi! Barang barang shower gua, sejadah dan heater x kemas lagi!? Kemudian, gua tengok baldi besar gua kosong lagi. Hrrmm.... Sumbat!!!

*****

Pukul sembilan. Gua dah siap mandi, pakai cantek cantek. Nak pergi kat awek gua. Pe lagi, dating sebelum berangkat balik. Entah, emang hobi gua dating kot. Orang sekeliling dah mula bagi nasihat. Gua buat bebal je. Lepas tu kiteorg pun pegi pejabat kolej, nak pulang kunci.

Sampai pejabat. Gua pegi kat akak pulang kunci tu.

"Dik, blok brape dik?"

"G30.."

"Awak dah kemas barang barang awak?"

"Dah..masuk dalam stor semua."

"Sebenarnye, G30 boleh simpan barang kat bilik. Tak jadi ditempah Cuti ni. Kiteorg tak sempat nak bagitau student."

"Errr...?! Tak pe, saya dah siap kemas semua pun."

"Kesian kat awak.......bla..bla..bla........"

*tak pe, balik nanti gua tumbuk bantal puas puas.

*****

Ni haa satu hal lagi. Gua gile gile menyirap. Ade plak, time gua pulang kunci ade je pakcik tua ni mengayat awek gua sedang gua masuk dalam pejabat. Ajak minum lah bagai. Tak cukup? Dia mintak lagi phone number awek gua.

BANGKAI!!!!!
Balik umah peluk ler bini tu puas puas. Ni awek gua jugak yang dia nak ayat.
BABI tol...

Ikut perasaan, emang gua nak tampar je orang tua tu kat depan pejabat. Gua sabar je. Senyum seposen dia tengok gua yang tinggi lampai ni amik awek gua dari tempat tu. Awek gua pun satu, bagi phone no tu kat dia buat ape.?Menyirap jugak gua dengan dia. Nasib baik reason dia baik punya.

"Alah..pakcik lab. Nanti senang mintak apparatus."

Gua cool balik. Gua rasional balik. Yela..Kate org, cemburu biar bertempat. AhakS! Selamat pakcik tu dari amukan jiwa puaka gua nieh. Kiteorg proceed jalan gi breakfast.

*****

1015
Gua call teksi. Gua bye bye puas puas awek gua. Sebak beb!! huuhuu..
Gua masuk teksi. Pecut terus pegi airport. Sampai airport 1100. Kene rm33.40.
FAKKK!!! Sem satu dulu gua kene rm20.00 je!! Lantaklah..malas nak argue, gua baling rm34.00 kat driver tu. Kang tak pasal gua tinggal flight.

Gua terus check in kargo gua. Pheww!! Tak overweight kali ni. Lepas tu check in masuk balai berlepas plak. Sekali gua lalu scanner, memekik plak mahkluk tu. Pegawai keselamatan tu terus soal siasat gua.

"Encik, ade ape dalam beg tu?"

"Err..laptop je."

"Encik pegi sane jap, bukak beg tu."

"Betol encik..laptop je. Mungkin ade duit syiling kot kat dalam." Gua berdegil Malas nak bukak beg sebenarnye.

"Encik, tolong bagi kerjasama. Bukak beg tu sekejap." mamat tu dah mula bengang aku tengok.

"Alaa encik..betol, laptop je." gua bekeras jugak.

"Sini beg awak.." Di amik dia beg gua. Satu satu poket dia check.


Haram jadah!!! Bile mase plak aku bleh letak garpu lam beg aku ni...adoiii. FAKKK lah...

*****

Ermm..malas nak pikir. Gua pegi tunggu flight. Tido.

Sarawak..here i come.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...