12 May 2012

Ibu

Kreekkk..


"Boy!..o boy.., bangun!" Jerit mak aku keras selepas membuka daun pintu. 

"Apela nak jadi dengan kau ni. Matahari dah tegak kat kepala! Cepat pegi mandi, sini bukan macam kat kolumpo, sini zohor masuk awal!" 


Tanpa membantah, aku mengheret kepala aku yang masih berat bangun dan menuju ke bilik air untuk mandi sunat jumaat.


"Mak!!..abah pagi tadi pakai motor tak?" Tanya aku kuat sambil berkemban dan mengeringkan rambut.

"Tak, bapak kau kerje ke pekan hari ni. Dia pakai kancil!" Jerit mak dari dapur.

"Tu haa, spender kau ada kat ampaian tu. Dah kering dah agaknya."


Power betul mak aku meneka fikiran gua. Aku dari tadi membelek robok mencari seluar tapi tak jumpa. Aku turun tangga ke dapur menengok mak aku sedang ligat menumbuk ikan bilis nak dibuat ke sambal belacan. Belum sempat aku mencapai kunci motor dekat tiang dapur, mak aku menjerit 


"Boy, makan dulu. Ada pucuk manis kegemaran kau kat atas meja tu!"

"Mana mak, mana?"

"Tu haa..tu..atas meja!"

"Pergghh.." 


Tak melihat kiri kanan aku mencapai pinggan lalu mencedok nasik. Dekat tiga kali tambah jugak nasik aku tengahari tu.


"Mak, kalau sekali sekala kite pergi makan ke kepsi pun seronok jugak kan mak?"

"Banyaklah kau. Bulan ni adik kau nak pakai duit. Ada rombongan sekolah minggu depan katenye."

"Ke mana pulak mak?"

"Entahla, lawatan sambil belajar ke kilang tayar pekan sebelah. Lepas tu terus berkhemah kat air tejun dekat dekat situ."

"Ohh..begitu." Aku mengangguk perlahan.

"Belum engkau lagi, kau bila nak naik sem ni?" Tanya mak aku.

"Minggu lagi satu mak!" Sahut aku dengan mulut penuh nasik.

"Nanti dapat ke duit ptptn kau tu, mak nak mintak dua ratus. Mak nak jahit langsir ruang tamu tu."

"Baik mak!" Sahut aku laju.


Aku terus bergegas ke motor. Kalau tak silap, azan pertama dah berkumandang kejap tadi.


"Boy! Nah, sepuluh ringgit. Beli kicap kat kedai pak man telo nanti. Baki nanti kau tuang minyak motor abah kau ni." 

"Hati hati bawak motor. Habis terus balik. Jangan nak merayau, jangan nak melepak dengan kassim tu. Takde masa depan kau nanti." Tokok mak aku.


Aku hanya sempat mengangguk.


*****


"Mak, orang kat kampung, orang kat kedai semua gelor boy jahat mak." Luah aku pulang dari masjid.

"Boy dengar diorang bisik bisik tadi." Tokok aku.

"Biorle diorang tu boy. Jangan kau jahat ke mak sudah." 

"Nanti kau dah besar jangan lupe ke mak pulak." Tambah mak aku.

"Baiklah mak.."


Aku terus memeluk mak aku sambil mak aku mengusap rambut aku.


*****

Hari ni aku tak tau mak aku makan ape kat rumah. Nak talipon, dah lewat. Besok je la. Semoga mak bapak aku serta adik adik aku turut mendapat nikmat iman dan Islam.

Sayam mak banyak banyak.

15 April 2012

Kajian dan sikap.

Incheon, 11 April.

Hujan sedang lebat mencurah di bumi kpop, gua duduk merenung jauh ke pintu lobi hotel sambil meneguk teh panas. Dibalik lif muncul seorang kpop berpakaian sukan sambil bermandi peluh duduk di meja sebelah gua. Baru balik dari gym agaknya.


'Hai, I'm Sebastian."Pandang gua senyum sambil terus menghirup teh panas.

'I'm Li Kim Eun, call me Jane.'


Ppffffttttrrrr..!!! Tersembur air teh dari mulut gua teerkejut mendengar mukadimah dari Jane. Cepat cepat gua ambil tisu untuk lap lap, nasib baik tak menghala ke muka Jane.


'So, you are the Korean Crew for tonight's flight?' Tanya gua.

'To Kuala Lumpuru? yes yes.' Ujar Jane pelat sambil mengangguk laju.

'O..I see.'


Gua sambung termenung ke hujan di sebalik pintu lobi dan terkenang kembali ke crew yang bernama Samad tempoh hari, tapi panggil Sam je. Entah apa khabar Sam sekarang, nak fly balik dengan dia memang umpama mencari jarum dalam jerami. Dengan jumlah crew yang hampir mencecah empat ribu, rotation roster untuk fly balik memang misi yang angan angan Liverpool. 

Disebalik rase kelakar, gua sedih mengenangkan Samad @ Sam ni, sedih mengenangkan umat melayu! Mungkin dah tiba masanya gua untuk melakukan kajian kemasyarakatan dalam mencipta satu mekanisme untuk memulihkan jati diri anak anak melayu. Hipotesis dan infrens gua dah draft dalam kepala, survey pulak gua ingat nak guna fesbuk polls dan blogger polls aje. Nak bagi surveyer form, haram umat melayu ni malas nak isi. Perancangan murni gua semakin rancak bercambah dalam kepala gua. Gua semakin tajam merenung kosong ke pintu lobi sambil ligat berfikir. Mata gua sedikit pun tak terkebil.


Cilake! Teh gua dah habis rupanya. Lupe tadi dah tersembur setengah cawan. Pandai berguarau jugak makwe korea ni. 

Terus gua balik ke bilik, tidur. Malas gua nak sambung berangan.

12 April 2012

Pemandu India #1

Jalan Tun Sambathan, 8.09 p.m.

Gua tak tau celake ape yang meriah sangat kat sini sampai double parking. Jalan pula memang dah sedia sempit, tambah lagi peak hour. Dua lorong jadi satu lorong, sah sah sesak. Masuk gilir gilir. Menyusahkan gua yang nak cepat cepat balik makan nasik. Sampai ke minah india sebelah gua ni, gua bagi chance la gerak dulu. Dekat dua puluh saat juga gua bagi chance tapi tak bergerak. Fine.

Bila gua tekan minyak, dia pulak sibuk nak ikut sama menyelit. Mujur side miror gua tak calar, mujur. Berbabi babi gua maki dalam kereta. Semoga kau ditunjukkan jalan kebinasaan.

Belum lagi gua buka cerita pemandu lori india ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...