21 February 2012

Mengambil Lesen

Buat kelima kalinya, gua menduduki ujian praktikal memandu. Buat kesekian kalinya juga gua menghadap muka pegawai JPJ.

Kali ni persiapan gua rapi, kiri kanan lampu depan belakang cermin gua kasi ejas. Gear gua kasi free sebelum enjin gua start. Gua mula bergerak memacu Produa kancil setelah di arahkan brader JPJ. Sepanjang perjalanan sebelum masuk ke highway Seri Gombak segalanya berjalan lancar, brader JPJ pun rilek je bersiul lagu Green Day. Muke kalau diperati memang stok nak makan kaki, pakai spek hitam kepala botak. Kalau mengaku Pitbull, on the spot gua turun dan bakar kereta tu dengan brader brader tu skali.

Setibanya di simpang tiga, gua amik turn belok kiri masuk ke highway. Sedang stereng gua pusing kemas ke kiri, tiba tiba brader JPJ suruh gua stop dan berhenti di bahu jalan.

"Awak kalau nampak garisan, awak sepatutnya berhenti tau!" kata brader JPJ separuh menjerit.

Tiba tiba gua jadi jakun. Gua toleh toleh belakang balik, celah mane pulak ada garisan ni detik hati gua. Lainlah kalau gua belok kanan, kena berhenti sebelum garisan tu.

"Awak ni dah masuk kategori memandu secara berbahaya ni sebab tak berhenti pada garisan." Tambah brader JPJ lagi.

Gua terpinga pinga tidak puas hati, gua berlari ke tempat kejadian. Baru gua perasan jalan tu ada garisan laluan untuk pejalan kaki melintas jalan. Garisan putih pudar tersebut terbentang satu meter setengah di jalan yang gua lalu tadi. Cilake! Sape punye kerja yang tak cat garisan jalan ni?

"Maaf ye, kesalahan awak ni terlalu serius. Saya terpaksa gagalkan awak." kata Brader JPJ rilek.

Kalau gua hayun kepala paip, sah sah gua tak dapat lesen. Oh fakkk. Gua terpaksa menggunakan taktik terakhir gua.

*****


"Ok, jalan depan sikit. Berhenti kat belakang wira tu."

"Cun, siap dah. Nanti hari Jumaat awak boleh datang ambil lesen awak." tambah brader JPJ senyum lalu bersiul.

"Baiklah, terima kasih encik." balas gua.


Fuhh..mujur mujur... cukuplah lima kali, tak hadap gua nak belajar memandu ni lama lama. Namun demikian, gua terpaksa batalkan hasrat gua untuk membeli Galaxy Note pada hari tersebut kerana kekurangan wang.

16 February 2012

Sung Yap

Waktu subuh masuk seawal jam empat setengah pagi. Gua hampir membeku walaupun aircond gua tutup semalaman. Heater bilik gua pula semput menjana bayu hangat supaya gua tenteram nak solat subuh. Telefon bilik gua berdering seawal jam enam pagi. Kedengaran suara Sung Yap di hujung talian konon konon nak buat wake up call untuk gua, mengingatkan gua akan plan hari ni. Cilake, bajet gua ni jenis tak bangun pagi ler ni.

Pukul lapan pagi, gua turun ke lobi dan melihat kelibat Sung Yap dah terpacak di situ. Gua menganggukkan kepala sebagai isyarat ke Sung Yap untuk terus masuk dalam perut shuttle. Gua dan Sung Yap tanpa winter coat gagah melangkah ke Taipei 101.

Gua dengan Sung Yap dan seorang lagi stewardess bersiar riang ria di Taipei 101 dan kawasan sekitarnya. Berbekalkan camera henset cap sony erriccson tahun 2008 gua secara profesionalnye mengambil gambar diri sendiri di sekitar kota metropolitan itu. Yang ajaibnya gua boleh buat bokeh lagi, panning jangan cakap. Mau tak terernye gua.

Sinonimnye aktiviti merayap ni tidak akan menemui kesudahan yang menggembirakan jika tidak makan. Puas tiga jam setengah melukis peta Taipei, masing masing perut kebulur. Mane taknye, brekfes tak pergi, winter coat pulak masing masing nak hero tak nak pakai. Tapi gua memang hero, bukan buat buat punya hero macam kutu dua orang tu. Gua still lagi boleh rilek makan singam dalam bayu dingin membeku.

Setelah masing masing selesai tersengih lapar antara satu sama lain, kami bertiga bertolak ke Xi Men naik metro. Sung Yap kate dekat sana ada makan murah dan sedap. Sampai satu jalan yang penuh bergelumang gerai makanan. Gua menjadi rambang mata.

Riang gua tidak panjang, gua rasa nak mengamuk lepas tu. Gerai gerai di jalan tersebut terpampang menu:


Nasi Babi
Babi kicap
Sup babi
Mi Sua Babi
Bak Kut Teh
Babi BBQ
Sosej Babi.


Sung Yap buat muka rilek je sedang gua dah mula kalut. Kalau dalam capaian gua, jangan tanya kenapa kalau Sung Yap terkena kepala paip.


Menyusahkan gua tau tak?

Xi Men Commercial Area.

10 February 2012

Insiden KFC

Gua perati je isu ini di laman laman blog, macam macam pandangan dilontar. Yang support kastemer lontar kat pekerja, yang support pekerja lontar ke kastemer. Tapi post post tersebut akhirnya menyalahkan kedua dua pihak, tak ada yang menang. Tak ke babi?

Dalam sepanjang pengalaman gua terjebak dengan kerja sebagai frontliner ni, gua sedikit sebanyak boleh menggambarkan insiden tersebut dengan dimensi penuh. Percaya cakap gua, marah macam mana sekali pun, bangang macam mana sekali pun, bertumbuk dengan kastemer adalah perkara yang terakhir yang akan terlintas di minda seorang frontliner.


Tapi kalau passenger kutuk gua punya team bola, memang gua jamin passenger tersebut akan makan kaki gua. Serupa dengan yang dalam video KFC tu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...