01 October 2011

Cool

Hari ni gua melepak kat BTS, pekene citer Killer Elite. Hero die kembar faveret gua. Tatkala panggung GSC maxx yang shahdu menambah nikmat panca indera gua memnyaksikan aksi Jason kembar faveret gua membantai orang orang jahat, saat berdetik deras tanpa gua sedar. Jason kembar gua tu sikit punya macho, kena tembak dek revolver pun dia tersengih saja sambil menggaru garu kesan tembakan. Kene terajang kat teloq pun dia boleh buat muka menguap lagi. Pungkoq. Cool gila.

Usai menonton, gua merayau lagi tingkat lima. Gua terjah Tutti Frutti yang cam femes sangat tuh, tempat Najwa Latif main fesbuk. Kau tahu apa (You know what), cool beb. Sedap siot dia punya eskrim. Silap perhitungan, gua gian. Lantas gua beristighfar banyak banyak lepas solat asar.

Gua turun balik tingkat satu. Cukup masa untuk berangkat pulang gamaknya, detik benak hati gua. Gua melangkah menuju stesen monorail. Kecewa hati gua kalakian mesin Touch n Go tidak boleh pakai. Terpaksa gua menyambung barisan panjang ke kaunter jualan tiket. Celaka betul, warga kota ni reti duduk rumah hujung hujung minggu macam ni, nak keluar je, buat sesak tempat. maki gua dalam hati.

Dapat tiket, gua meluru menuju gate. Gua masukkan tiket dalam mesin tu. Mesin tu reject. Gua masuk lagi, benda yang sama berlaku. Gua mula nak mengamok. Gua try lagi. Kali ni gua memaksa kad tu masuk. Gua babab babab mesin tu. Degil. Bingai.

Tidak lama kemudian, satu tangan yang ayu capai tiket gua dari tangan gua. Lantas awek hana tajimun itu memutarkan muka tiket gua dan memasukkan tiket gua ke dalam mesin dengan kemas.

"Tiket Accepted"

"Thanks" ucap gua tanpa menoleh awek tersebut.

-
-
-
Sampai monrail, gua tendang pintu monorail. Terbelah dua badan monorail dan terlucut dua tiga biji roda. Perkhidmatan monorail terpaksa ditunda. Lantas gua naik bas pegi Chow Kit, nak pukul orang kat sana pula.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...