30 December 2011

Galaxy Note

Gampang punya proficiency test. Gua rasa benda ini tidak patut pun wujud. Menyusahkan cabin crew. Semua soalan gua jawab sambil menguap. Bagi kat budak darjah dua pun budak tu akan maki lu balik, sekeras keras maki hamun. Senang. Selesai ujian, gua, El, Izzat dan Fadhil pekena sarapan lewat di cafe tingkat lima.

Diatas meja, terlantar rokok jenama Winston, Dunhill Lite, Dunhill Menthol, iPhone, HTC Mozart dan Sony Ericcson milik Izzat yang cap apa gua tak ingat dah, henpon milik Izzat gua cekau buat main game motosikal barang seround dua. Sambil asap berkepul kepul di ruang angkasa gua leka pedajal henset beliau sedang aroma asap yang mencengkam hidung sampai ke tengkuk gua pun gua persetankan! Baru gua faham kenapa orang pakai henpon pesen skrin sentuh macam ini sekarang, silap silap gua berkayuh basikal ke rumah Izzat untuk merasa nikmat main game di henset beliau bila ada off. Gua? Henset gua masih hitam putih keypad keras, gua classic dan tak hadap sangat gadget baru baru ni. Member member gua sedia maklum hal ini.

Teett..teett..!

Tiba tiba satu terjahan mesej masuk ke henset gua. Cilake potong stim. Gua pause sekejap sambil jenguk henset gua.

"Woii! Aku dah beli Galaxy Note. Itu sahaja aku nak bagitahu." Ujar kutu Pak Din mengundang penyepak di muka.

"Powerlah kau. Kau beli kat mane? Weh! Kau kat mane ni? Aku nak pinjam!" Soal gua bertubi.

"Kat Solaris KL, aku tengah drive nak balik Johor ni...sambil main Dinner Dash."

"Haah!?" Soal gua berbaur rasa ajaib. "Cilake mane pernah dibuat orang hal sebegitu!" Sambung gua yang tak tecapai akal gua statement beliau tadi.

"Boleh je..." Ringkas beliau.

"Macam mana?" Reply gua laju.

Gua, walaupun kurang percaya muka gua dah naik biru. Berpeluh sejuk gua. Kang mampus eksiden mamat tu, tak sempat gua nak merasa Galaxy Note. Gua merenung tajam paparan skrin henset gua. Menunggu maklum balas dari beliau.

"Aku pegang stering dengan kote, power tak? Hehehe..." Sengih Pak Din.

Gua menggeleng kepala sambil beristighfar panjang membaca mesej beliau.

"Gua taip mesej guna kote, laju tak gua reply?" Sahut gua.


*****

Dua jam lepas mesej terakhir tu gua dapat call. Pak Din masuk hospital. Beliau kemalangan di kilometer 237 Lebuhraya KL-Johor. Kereta beliau remuk macam tin sardin, beliau patah kedua dua kaki, tangan kanan dan beberapa tulang rusuk. Gua saspek benda ni berlaku lepas mesej terakhir gua.

 Nasib Galaxy Note tidak diketahui. Demm! Tak sempat gua merasa.

25 December 2011

Christmas Classic

Petang, 24 Disember 1996.

Petang yang redup. Angin sayup bertiup sepoi. Bawah pokok rambutan redup gua dan adik gua bermain kereta mainan. Gua menyorong kereta mainan gua menyusur kaki tangga rumah sampai bangku bawah pohon rambutan yang merimbun. Sambil menggerakkan kereta, gua buat mimik bunyi kereta sport. Serupa juga adik gua, beliau menyodok pasir pasir dengan jengkaut mainan beliau. Susuk tubuh kecil berumur lima tahun itu khusyuk mengatur gerak geri jengkaut memindahkan pasir ke dalam lori mainan bersulam desiran sound effect jentera buatan beliau. 

Perlahan gua menghampiri beliau, menjenguk projek mega yang di atur beliau.

"Dek, dah besar nanti kau nak jadi ape?" Soal gua memecah keheningan.

"Aku nak jadi Jeneral tentera!" Jawab adik gua.

"Alaa..macam dalam cerita cina petang petang tu. Cool kan?" Tambah beliau.

"Ooo..power..power. Macam ni la adik abang." Tokok gua sambil mengusap kepala beliau.

"Kau pula? Dah besar nanti nak jadi apa?" Balas beliau.

"Aku nanti dah besar nak jadi astronaut." 

"Boleh pergi ke angkasa lawan raksasa, menjaga keamanan dunia." Tambah gua.

"Wahh! Abang pun tak kurang power jugak." Ujar beliau kagum dengan visi gua.

Gua pandang tepat wajah beliau, gua senyum. Kami tersengih, memuji kepoweran masing masing.

Lepas tu gua dan beliau sambung bermain dengan riang gembira.

*****

Cukup jam, mak gua jerit dari rumah suruh balik makan nasik. Dengan muka comot kami belari menyusur tangga naik ke rumah. Malam tu gua dan adik gua dapat present Brickgame. Kehkehkeh..power.

22 December 2011

Kerja Gila

Malam tadi gua tido pukul tiga, flight Singapore hilang akal punya penuh.

Pagi ni gua hero. Tido pukul tiga, bangun pukul lapan. Selalu paling koman pun gua subuh pukul sebelas pagi. Gua bangun pagi tadi melihat jam pukul 8, melompat gua dari katil. Gua off hari ni. Target gua hari ini - Metro Driving Academy (MDA). Gua dengan gahnya turun dari kediaman gua ke batu dua Jalan Ipoh, Kolumpo. Berbekal hasil risikan housemate gua, MDA tu ada di celah celah jalan Chow Kit. Gua dengan riang gembiranya meniti Jalan Ipoh ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Mula dari situ mata gua mula meliar mencari papan tanda MDA.

Dua ratus meter pertama pencarian, gua masih berjalan style koboi. Bila masuk ke simpang empat wangsa maju, gua dah mula gelisah. Gua control. Banyak pula makwe makwe hari ni. Gua terus menyusur jalan sampai ke masjid jamek dan masih tak jumpa tanda tanda MDA. Gua rasa gua patut mula risau. Terus gua patah balik jalan tadi sambil berlari pecut. Kali ni gua ikut jalan Raja Laut. Namun gua menemui jalan buntu.

Gua berhenti di cybercafe nak Google map sekejap. Sambil tu gua update status fesbuk. Dem, MDA ada di Segambut sebenarnya. Terus gua pecah cermin kedai, gua keluar lalu menahan satu teksi. Gua jerit "MDA Segambut bang!". Driver tersebut mengangguk tanda faham. Sebenarnya gua tunggu jugak driver tu kata "Tak tahu." sebab gua lama dah tak bertumbuk dengan point yang kukuh. Gua masuk ke dalam teksi brader tu lalu meluncur laju sepanjang perjalanan. Dalam perjalanan berkumandang lagu "penakut". Gua dan driver masing masing bermuka ketat sebab nak cepat.

Sampai kawasan segambut, driver gua tengok cool hisap rokok gudang garam beliau. Sambil asap berkepul kepul terbit, gua dan driver mula bergerak perlahan mengharungi simpang siur kawasan segambut. Meter teksi gua tengok dah nak cecah RM20 tapi masih lagi tidak sampai. Selepas dua puluh minit, driver gua tengok dah mula berpeluh, tapi rokok yang hampir mencecah penapis masih lagi melekat di hujung bibir beliau. Tangan beliau kemas menggenggam stering, masuk satu simpang demi satu simpang. Dekat setengah jam gua berlegar kawasan segambut. Tiba tiba driver pandang muka gua lalu berkata.

"Bang..dah dekat setengah jam dah ni. MDA macam tak pernah ade je bang."

Gua tak menyahut. Mata gua meliar ke arah sekeliling.

"Macamana ni bang?" Desak driver.

"Hmm..takpe, lu hantar gua balik rumah." Jawab gua selamba.

*****

Tiba depan rumah, meter teksi genap bertanda RM32.80.

"Sorry ye bang, tak jumpa pulak tempatnya." Ucap driver ringkas.

"Takpe..."

Gua lipat lengan baju gua. Gua tumbuk padu muka driver tersebut. Hambur bersepah gigi gigi beliau di atas tar. Mulut beliau dibanjiri darah. Gua tumbuk lagi rusuk beliau, rusuk beliau pesuk dan tangan gua berlumuran darah. Driver tersebut cuba menjerit tetapi gua sempat menangkap dagu beliau. Gua sentap rahang beliau ke bawah, tercaput rahang dari tengkorak beliau. Langkah terakhir, beliau cuba lari. Tapi gua terer. Gua sempat tarik kote beliau. Gua tarik dan gua kepit kepit di daun pintu teksi dalam tiga empat kali. Selepas tu beliau nampak nazak. Akhir sekali, gua buka zip seluar, gua kencing atas beliau. Gua bagi ludah berkahak sebagai goodbye kiss.



Trivia:
-Ini kali ketiga gua cuba buat lesen. Dua yang sebelumnya lu jangan tanya.
-Gua selamat mendaftar untuk belajar di Sekolah Memandu Kiew Seng, Sentul.

21 December 2011

Terlepas Pandang

Everday is Monday. Ya, kerjaya gua begitulah coraknya.

Hari ni gua flight petang, report duty tengahari. Hari ni gua buat flight balik hari. Gua kurang ada mood nak kerja hari ni. Semacam bosan, menunggu gaji yang tak kunjung hinggap lagi di akaun CIMB gua. Ground staff pun sebelom flight dok bising kat gua, serupa gua ni biro aduan company je. Sedang kutu tu bebel kat gua, gua tutup pintu aicraft. Senyap.

Hari ni gua assist crew, gua kena tolong kat business class. Business class hari ni separuh penuh. Kebanyakkannya stok Datuk dan Tan Sri. Gua apa peduli, mereka pun macam kita, cuma mereka lebih banyak uban ataupun separuh botak dan semestinya boroi. Scene yang cliché dalam business. Hari ni di ceruk sebelah kanan baris paling depan aircraft ada seorang perempuan india duduk. Gua tengok khusyuk kutu tu membaca magazine.

Macam biasa lepas welcome drink diagihkan, kerja gua pula distribute towel. Manja sangat penghuni business class gua ni. Sampai satu ceruk ni, gua rasa seram. Kalau lu nak tahu, Indian passenger adalah diantara yang sedap dipijak pijak dan diterajang. Cari pasal jangan cerita, golongan ni Champion. Sampai kat kutu ni gua harap smooth, tapi tidak. Kutu ni boleh pula pandang gua dan tersengih. Coii!! Gua boleh detect trouble bakal menjelma.

Sebelum gua didajalkan, gua baik mengelak siap siap. Kalau tak, gua kena tapau dengan kutu tu. Tiap kali gua lalu ceruk tu, gua buat buat busy, apa apa kerja gua pass kat stewardess. Gua bejalan menunduk bila lalu kutu tu dan kutu tu masih lagi sengih kat gua. Liat nampaknya.

Dekat dua jam flight gua mengelak kutu tu. Nampaknya kutu dah boring dan akhir sekali give up. Yes! Taktik gua jadi, gua selamat flight tu. Alhamdulillah syukur. Gua berjalan balik ke economy class dengan pesen otai. Macam koboi baru menang gunfight. Macho.

"Woi! ko ada tangkap gambar dengan dia tak tadi?" Celah member gua dekat economy.

"Tangkap gambar dengan siapa pulak ni?" 

"Tu..." Jawab member gua sambil memuncungkan mulut.

"Coii! Na'uzubillah min zalik. Tak nak aku. Seram dowh aku tengok dia tu."

"Apehal pulak...kalau celebrity tak ape la jugak. Cehh..." Jawab gua macho.

"Memangla..." 


*****

On the spot gua terjun pintu belakang aircraft. Gua nak kejar kutu tu sampai bangunan terminal. Nak minta autograph sedas dua.


"Jaclyn Victor...tunggu gua!!"


19 December 2011

Safety Briefing

Local Route.

"Good afternoon ladies and gentlemen. This is safety briefing. For passengers seated at row eleven, twelve and fourteen. For your information, you are seated next to the window hatches. In case of emergency, we need your assistance to open the window hatches. Your seat can't be reclined due to safety measure and no baggage are allowed to be placed beneath the seat to avoid obstruction. If you require reseating, please inform any member of the crew. For further information, you can refer to this safety pamphlet. Thank you."

Passengers macam biasa, buat muka menguap tengok gua sambil buat muka kerek.

Selepas melihat keadaan tadi, gua menambah lagi.

"As you can't repeat what I say just now, no Ice Cream for you later on." tokok gua,

Kelam kabut passengers membelek safety pamphlet kalau kalau skrip gua tadi ada kat situ. Tak kurang juga yang mengangkat tangan macam budak tahap darjah bertanya soalan safety dengan gua.


*****

Kehkehkeh...ada hati nak fak gua.

10 December 2011

Motif

Petang sabtu yang tipikal. Pukul 12 tengahari. Gua dapat 1 call. Kecoh. Dengan kepala mamai gua meraba raba mencari henpon gua. Selok punya selok, gua tercapai henpon gua. Fuhh!! sempat. Gua tengok 1 number naik, fadhil ajak pekena ayam kampung sedas dua.

Bingkas gua bangun, kejut member gua kat bilik lagi satu.

Gua dan member gua masuk ke perut lif untuk menuju ke tingkat bawah. Tempat fadhil jemput gua dan member gua ni nanti. Punat lif gua tekan kemas. Muka gua selamba menguap tatkala pintu lif tutup menelan kami berdua.

Earphone baru gua tarik dari poket seluar gua. Gua layan lagu Katie Perry sambil cangkung. Menunggu fadhil yang tak kunjung tiba ni boleh tahan buat gua bengang. Member gua kat sebelah gua sibuk membelek mesej dari cik makwe. Gua jeling. Fikir gua, kalau pedajal budak ni barang sedas, kurang sikit boring gua.

"Eh kau, sini." Arah gua menyuruh dia merapatkan barisan cangkungan. "Ko dengar ni kejap" sambung gua.

"Uihh..earphone baru nampak." Jawab beliau dengan bibir muncung sebelah.

"Mana ada baru, dua hari dah aku beli. Amik ni." Sambung gua sambil memasang earphone gua di telinga beliau.

Gua belek lagu Last Friday Night. Gua tekan play.

Beliau mula mengangguk anggukkan kepala tanda layan. Kualiti Bass dan bunyi yang kemas terbukti apabila melihat akan riak muka beliau yang seolah khayal. Eargasm kata orang.

Beliau kemudian menari nari anak. Puas gua mengelak libasan anggota badan beliau.

Tak lama kemudian, lagu sampai ke penghujung. Gua tarik balik earphone gua. Tapp!

"Power tak?"

"Power..power..." Jawab beliau tersengih.

Beliau kemudian sambung membelek mesej mesej cik makwe.


*****

Gua berkira kira nak bertapa kat hutan belakang rumah. Nak tuntut ilmu buat orang jeles kat gua.

04 December 2011

Sunday Morning News

Pagi ni gua bangun awal. Langit mulai mencerah pada pukul lapan. Gua kemaskan langkah bangun dari katil sambil menggeliat lalu menarik dan mengikat langsir bilik gua dengan rapi. Langit yang mulai menerang membuatkan gua silau sebentar. Damn! Laundry gua tak buat lagi. Petang karang confirm tak sempat, hujan. Gua belek belek almari, gua tengok ada sepasang lagi uniform, sepasang lagi dalam trolley bag gua. Lantas gua membuat rumusan - Fak with the laundry.

Gua ternampak sisa roti canai semalam masih lagi berbaki sekeping atas meja. Malas gua nak kemas dulu. Gua dengan lemau geliman pergi kat laptop gua sambil menguap. Macam biasa, first thing first, gua click kat bookmark fesbuk gua. Gua scroll bahagian feeds. Gua ternampak status fesbuk berbunyi,

"Woohoo, im in METRO newspaper today! :D"

Lalu gua open new tab buka page MyMetro. Gua terlihat terdampar tajuk tajuk artikel berbunyi:

  • Bomoh 10K 
  • Hiasan beg disangka pistol 
  • Sindiket gelap wang 
  • Bebas syarat kahwin dengan perogol 
  • Dandanan buaya 
  • Nenek jual kuih bunuh diri 
  • 2 wanita, 3 kanak-kanak mati dalam keganasan terbaru di Taiz 


***

Gua tengah berkira kira nak unfriend ke tak budak ni. Entah macam mana gua approve budak ni. Neraka betul.

01 December 2011

Cerita 30 ribu kaki

Gua suka route Borneo dan Indonesia. Passenger nya agak senang nak kawtim dan tak rude.

Kadang kadang gua kesian juga, ada yang naif sangat. Bila meal service berjalan, ada yang tak nak makan sebab dia ingat kena bayar. Pesen gua, gua paksa makan sebab nanti meals tu akan dilupuskan juga kalau tak makan, Tak nak makan macam mana sekali pun, kurang kurang gua tapaukan untuk diorang ni.

Kadang kadang, ada yang tak reti nak isi borang, buta huruf. Sampai berkaca mata para passenger merayu minta di isikan borang imigresen. Tak ape, gua tolong isikan lepas service, gua no hal. Takde pen? Gua bagi. Satu satu gua buatkan.

Kadang kadang passenger minta selimut dan bantal, gua bagi. Siap gua dodoikan lagi. Kesian diorang baru sahaja selesai menempuhi perjalan ke airport yang penuh liku liku dan ranjau onak dan duri.

Kadang kadang passenger mintak air masa nak take off pun gua on the spot pergi ambilkan. Kesian passenger, cuaca di luar panas. Sampai sampai tekak dah kontang. Tea, coffee dan milo pun gua bancuhkan. Yela, dalam aircraft bukannya ada Starbucks atau Coffee Bean.

Kadang kadang bila passenger datang biul minta kicap...

***

On the spot gua terajang passenger tu dengan kerusi kerusi dia sekali. Tercabut dan terbelah dua kerusi tersebut. Lepas tu gua hantuk kepala passenger tersebut dengan coffee jug sampai berkecai tengkorak dan bersepai otak passenger terbabit. Darah mula deras mengalir ke lantai dan bau hanyir darah mula membanjiri cabin

Seluruh passenger dalam cabin tercengang dan terlopong melihat gua, keadaan serta merta senyap, bisu seribu bahasa. Selepas 30 saat, passenger passenger dalam cabin sambung balik buat hal masing masing. Yang tengah makan teruskan menyuap, yang tengah baca paper sambung balik baca paper, yang main IPad2 sambung membelek gadget tersebut, yang tadinya tido kini menarik balik selimut dan menepuk nepuk bantal nak sambung mimpi.

***

Kadang kadang bila passenger tunjuk biul, gua akan buat benda yang sama. Lu fak gua, gua fak you balik. Fak yang sekeras kerasnya. Fak anal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...