22 December 2011

Kerja Gila

Malam tadi gua tido pukul tiga, flight Singapore hilang akal punya penuh.

Pagi ni gua hero. Tido pukul tiga, bangun pukul lapan. Selalu paling koman pun gua subuh pukul sebelas pagi. Gua bangun pagi tadi melihat jam pukul 8, melompat gua dari katil. Gua off hari ni. Target gua hari ini - Metro Driving Academy (MDA). Gua dengan gahnya turun dari kediaman gua ke batu dua Jalan Ipoh, Kolumpo. Berbekal hasil risikan housemate gua, MDA tu ada di celah celah jalan Chow Kit. Gua dengan riang gembiranya meniti Jalan Ipoh ke Jalan Tunku Abdul Rahman. Mula dari situ mata gua mula meliar mencari papan tanda MDA.

Dua ratus meter pertama pencarian, gua masih berjalan style koboi. Bila masuk ke simpang empat wangsa maju, gua dah mula gelisah. Gua control. Banyak pula makwe makwe hari ni. Gua terus menyusur jalan sampai ke masjid jamek dan masih tak jumpa tanda tanda MDA. Gua rasa gua patut mula risau. Terus gua patah balik jalan tadi sambil berlari pecut. Kali ni gua ikut jalan Raja Laut. Namun gua menemui jalan buntu.

Gua berhenti di cybercafe nak Google map sekejap. Sambil tu gua update status fesbuk. Dem, MDA ada di Segambut sebenarnya. Terus gua pecah cermin kedai, gua keluar lalu menahan satu teksi. Gua jerit "MDA Segambut bang!". Driver tersebut mengangguk tanda faham. Sebenarnya gua tunggu jugak driver tu kata "Tak tahu." sebab gua lama dah tak bertumbuk dengan point yang kukuh. Gua masuk ke dalam teksi brader tu lalu meluncur laju sepanjang perjalanan. Dalam perjalanan berkumandang lagu "penakut". Gua dan driver masing masing bermuka ketat sebab nak cepat.

Sampai kawasan segambut, driver gua tengok cool hisap rokok gudang garam beliau. Sambil asap berkepul kepul terbit, gua dan driver mula bergerak perlahan mengharungi simpang siur kawasan segambut. Meter teksi gua tengok dah nak cecah RM20 tapi masih lagi tidak sampai. Selepas dua puluh minit, driver gua tengok dah mula berpeluh, tapi rokok yang hampir mencecah penapis masih lagi melekat di hujung bibir beliau. Tangan beliau kemas menggenggam stering, masuk satu simpang demi satu simpang. Dekat setengah jam gua berlegar kawasan segambut. Tiba tiba driver pandang muka gua lalu berkata.

"Bang..dah dekat setengah jam dah ni. MDA macam tak pernah ade je bang."

Gua tak menyahut. Mata gua meliar ke arah sekeliling.

"Macamana ni bang?" Desak driver.

"Hmm..takpe, lu hantar gua balik rumah." Jawab gua selamba.

*****

Tiba depan rumah, meter teksi genap bertanda RM32.80.

"Sorry ye bang, tak jumpa pulak tempatnya." Ucap driver ringkas.

"Takpe..."

Gua lipat lengan baju gua. Gua tumbuk padu muka driver tersebut. Hambur bersepah gigi gigi beliau di atas tar. Mulut beliau dibanjiri darah. Gua tumbuk lagi rusuk beliau, rusuk beliau pesuk dan tangan gua berlumuran darah. Driver tersebut cuba menjerit tetapi gua sempat menangkap dagu beliau. Gua sentap rahang beliau ke bawah, tercaput rahang dari tengkorak beliau. Langkah terakhir, beliau cuba lari. Tapi gua terer. Gua sempat tarik kote beliau. Gua tarik dan gua kepit kepit di daun pintu teksi dalam tiga empat kali. Selepas tu beliau nampak nazak. Akhir sekali, gua buka zip seluar, gua kencing atas beliau. Gua bagi ludah berkahak sebagai goodbye kiss.



Trivia:
-Ini kali ketiga gua cuba buat lesen. Dua yang sebelumnya lu jangan tanya.
-Gua selamat mendaftar untuk belajar di Sekolah Memandu Kiew Seng, Sentul.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...