10 December 2011

Motif

Petang sabtu yang tipikal. Pukul 12 tengahari. Gua dapat 1 call. Kecoh. Dengan kepala mamai gua meraba raba mencari henpon gua. Selok punya selok, gua tercapai henpon gua. Fuhh!! sempat. Gua tengok 1 number naik, fadhil ajak pekena ayam kampung sedas dua.

Bingkas gua bangun, kejut member gua kat bilik lagi satu.

Gua dan member gua masuk ke perut lif untuk menuju ke tingkat bawah. Tempat fadhil jemput gua dan member gua ni nanti. Punat lif gua tekan kemas. Muka gua selamba menguap tatkala pintu lif tutup menelan kami berdua.

Earphone baru gua tarik dari poket seluar gua. Gua layan lagu Katie Perry sambil cangkung. Menunggu fadhil yang tak kunjung tiba ni boleh tahan buat gua bengang. Member gua kat sebelah gua sibuk membelek mesej dari cik makwe. Gua jeling. Fikir gua, kalau pedajal budak ni barang sedas, kurang sikit boring gua.

"Eh kau, sini." Arah gua menyuruh dia merapatkan barisan cangkungan. "Ko dengar ni kejap" sambung gua.

"Uihh..earphone baru nampak." Jawab beliau dengan bibir muncung sebelah.

"Mana ada baru, dua hari dah aku beli. Amik ni." Sambung gua sambil memasang earphone gua di telinga beliau.

Gua belek lagu Last Friday Night. Gua tekan play.

Beliau mula mengangguk anggukkan kepala tanda layan. Kualiti Bass dan bunyi yang kemas terbukti apabila melihat akan riak muka beliau yang seolah khayal. Eargasm kata orang.

Beliau kemudian menari nari anak. Puas gua mengelak libasan anggota badan beliau.

Tak lama kemudian, lagu sampai ke penghujung. Gua tarik balik earphone gua. Tapp!

"Power tak?"

"Power..power..." Jawab beliau tersengih.

Beliau kemudian sambung membelek mesej mesej cik makwe.


*****

Gua berkira kira nak bertapa kat hutan belakang rumah. Nak tuntut ilmu buat orang jeles kat gua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...