30 January 2012

Diari Seorang Lelaki

Tertulis mengenai asal kejadian lelaki di kitab suci Al Quran, merangkumi seluruh sifat dan kisah kaum lelaki serta keturunannya. Betapa tergambar akan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh kaum lelaki dalam permusafiran mereka di alam fana yang sementara ini.

Dikalangan jutaan lelaki yang hadir di persinggahan yang sementara di dunia ini, tersebutlah kisah seorang lelaki lewat usia 30an yang bernama Murad tinggal di salah satu ceruk kota kolumpo yang tinggal bersama anak perempuannya, Salmah yang baru menjangkau lapan tahun. Si ayah yang bekerja sebagai operator di sebuah kilang kotak di kolumpo hanya mampu menyediakan kehidupan yang sederhana bagi kedua anak beranak tersebut. Namun begitu, si ayah perlengkapan secukupnya kerohanian si anak. Walaupun bekerja selama dua belas jam sehari, si ayah tetap meluangkan masa untuk mendidik anaknya mengaji Al Quran dan Fardhu 'ain. 

Salmah yang tidak pernah merasa kasih sayang seorang ibu tidak pernah pula rasa kurang kasih sayang. Murad yang telah kematian isteri sejak kelahiran Salmah telah membesarkan Salmah seorang diri dalam keadaan serba kekurangan. Murad merasa sebak setiap kali Salmah mendambakan mainan baru seperti yang dimilikki kawan kawan sebaya Salmah kerana Murad jarang kali mempunyai lebihan belanja untuk barang mainan Salmah. Pernah sekali Murad kerja double shift hanya kerana ingin membelikan kasut sekolah baru untuk Salmah kerana yang lama telah terkoyak ketika Salmah dibuli oleh rakan rakan sekolahnya..



Ah, malas aku nak sambung. Lambakan sinetron Indonesia di stesen tv tempatan memang neraka.

28 January 2012

Konspirasi

Dalam arus pembangunan yang pesat yang melanda Malaysia, dunia menjadi semakin kecil. Sistem perhubungan yang pantas dan efektif adalah didambakan oleh semua orang pada masa kini dalam memastikan kelansungan hidup dalam rentak hidup kota yang hilang akal punya progressif. Setiap urusan harian mahupun pekerjaan boleh diselesaikan dalam masa yang singkat. Hal ini menjadikan sistem perhubungan sebagai salah satu keperluan asas dalam hidup manusia pada hari ini. Macam mana keadaan pun, manusia akan sedaya upaya berusaha untuk mendapatkan akses kepada kemudahan ini.

Namun, dalam situasi ini akan terbit satu golongan kapitalis yang mengaut keuntungan daripada hal ini. Yang lebih bengap dan suka main fesbuk mungkin akan mengangap golongan ini ahli freemasaon dan illuminati. Golongan kapitalis ini akan cuba seberapa boleh  memanipulasikan keadaan keperluan manusia dalam mengaut wang ringgit.

Sejak dulu gua perati je salah satu kegiatan golongan kapitalis ini. Kegiatan yang telah lama menular di tanah melayu sejak selepas merdeka lagi. Golongan ini mengenakan bayaran dalam keterdesakkan manusia dalam mencapai akses kepada kemudahan perhubungan konvensional yang dinamakan.....


Yuran Lesen Memandu.

*****

Sekali lagi lu gagalkan gua ah seng, gua terpaksa main acu pisau dalam kereta.

27 January 2012

3 Malam Tanpa Bintang

Sebenarnya, kerja gua bukannya senang macam yang orang selalu kutuk gua. Gua kena check safety equipment dalam kabin satu per satu. Custom, Immigration dan Quarantine pun gua kena study satu per satu. Kalau setakat Indonesia dan Singapore, tak apa. Tapi kalau dah masuk dari negara India sampai Asia Pasifik apa cerita? Tak masuk lagi bab update dari masa ke semasa.

Sebenarnya kerja gua sudah bermula dari rumah lagi. Segala duty dan checklist gua siapkan dari awal, supaya gua boleh berlagak dengan supervisor gua sebelum bertolak kat Brisbane.

Dan semalam sekali lagi gua kena call up last minute. Gua sampai lambat ke briefing room.


"Semua dokumen lu dah check blom?" - Kata Supervisor kat gua.

"Dah!" Jerit gua bersahaja.

"Passport?"

"Dah!"

"Airport Pass?"

"Dah!"

"Flying License?"

"Dah!"

"Lu dah google lom Halal Food nak kat mana nanti?"

"Errr...?" - Gua mula menggaru kepala.

"Hahh!! Nanti hang pi la cari makan sendiri. Mai kita bertolak." - Jerit supervisor dengan puas hati. 

Oh fakkk. Gua tiga hari kat sana!


*****

Trivia: 
-Setakat post ini di tulis, gua dah genap dua hari tak makan nasik.
-First entry gua post kat oversea.

24 January 2012

Luahan

Scene 1

Cilake, pagi yang permai di tahun baru cina gua kena call up pergi Bangkok. Call up pukul 8.00 pagi, tapi report duty pukul 9.30 pagi. Hilang akal apa office ni, ingat rumah gua nak pergi airport jauh dua jengkal. Derita gua ditambah apabila transport department call kata tak dapat jemput gua. Dengan gagahnya gua bersiap terus berlari mengheret trolley bag ke airport.

Gua sampai support building pukul 9.23 pagi, 7 minit sebelum gua di cop M.I.A. Lepas sign in, gua meluru berjalan dari support building ke main terminal building ikut aero bridge, abang office bagitahu gua yang crew gua semua dah masuk aircraft. Sedang gua berlari cemas melalui balai ketibaan, tiba tiba lengan sut gua ditarik seorang, gua toleh gua nampak seorang mak cik lingkungan empat dekad.

"Encik, tandas kat mane ye?" Kata makcik memandang tepat ke muka gua.

*****

Scene 2

Selepas touch down balik dari Hydrabad minggu lepas, gua mendapat ilham untuk mendapatkan sebotol minyak wangi sebelum balik. Keluar dari aircraft, gua ambil peluang pekena duty free shop di satellite builiding. Walaupun jerih sepuluh jam bekerja masih belum reda, gua perkasakan langkah gua ke kedai duty free untuk membelek  belek minyak minyak wangi demi mempertahankan imej hero gua. 

Hawa kedai, aroma kedai yang semerbak dan oksigen yang mencurah masuk melalui penghawa dingin sedikit sebanyak menghilangkan penat gua, gua jadi segar. Mata gua dijamu dengan minyak minyak wangi yang hilang akal punya mahal dan bungkusan coklat yang cukup menggamit pandangan mata. Yes! Gua berada di salah satu syurga membeli belah. Tidak lama kemudian, muncul seorang kutu dari sebalik rak rak himpunan coklat.

"Bang, tiket pergi Kota Kinabalu berapa harga ya?" Sergah kutu tersebut tanpa kata mukadimah.

*****


Gua stress tahu tak? Stress!

22 January 2012

Nekad

21 Jan 2012, 8.30 Pagi.

Pagi itu gua subuh awal. Tak macam hari hari biasa, pukul 6.45 pagi baru terkebil kebil nak pergi air sembahyang. Gua resah, gelisah separuh malam gua tak lena. Perkiraan gua malam tadi umpama pertaruhan kalah mati. Keputusan yang bakal mengubah hidup gua. Gua perkira dokumen dokumen yang gua dah usahakan beberapa hari lepas selepas gua tiba dari Perth, semua dah lengkap seperti yang dijanjikan.

Tatkala mentari belum menyinar sesudah subuh, gua terduduk di ruang tamu. Milo panas yang gua bancuh tadi bertukar suam tanpa terusik sikit pun. Gua termenung melihat dokumen dokumen yang terdampar di atas meja kopi. Gua menarik nafas sedalamnya. Gua tidak mahu mengulangi kesilapan yang lalu. Gua dibayangi kisah silam gua yang tak pernah indah dalam membuat keputusan.

Tiba tiba satu susuk tubuh berkain pelikat yang ketika itu gua kira sedap untuk diterajang muncul dari balik daun pintu sebelah bilik air.

"Bro, awal lu bangun. Jadi ke hari ni bro?" Ujar Fadhil yang separuh mamai sambil mengosok mata.

"Ermm!" Angguk gua sambil merenung tajam dokumen dokumen atas meja.

"Serius ke bro? Habis Siti macam mana nanti?" Sambung Fadhil.

Gua menunduk senyap. Rasa bersalah mula menyelubungi diri, yang teramat. Tambahan pula nasihat ibu gua supaya setia pada yang satu pula terngiang tiba tiba dalam kepala. Namun tak mungkin gua nak nafikan yang satu lagi, si dia yang baru muncul dalam hidup gua.

Gua tak mengendahkan pertanyaan Fadhil. Gua tangkas menyimpan semua dokumen dokumen ke dalam beg gua dan berlalu menggalas beg tanpa menghiraukan Fadhil. Gua bertolak ke Ibu Kota.


*****


2.30 P.M.

"Woi, siapa punya kereta luar tu W** 5758?" Jerit Wai Kee, apek rumah sebelah. "Bawa olang baru ka?"

Gua cuma mampu tersenyum menggeleng pada Wai Kee. "Mana ada apek.." Jelas gua.

"Haiyoo! Apa jadi sama lu dengan Siti? Manyak kaya lah lu ini macam." kata Apek.

"Tak jadi lah apek, Honda City tak berapa power." Jawab gua tersengih.


*Bersambung...


13 January 2012

Tak Faham Bahasa

Penang - Singapore

Route ni gua tak berapa nak hero. Gua ada seratus dua puluh lapan kepala nak layan diorang punya selera, dalam masa tujuh puluh lima minit, bukan lapan jam macam pergi Brisbane faham? Nasib baik kerja ini tiga orang buat. Gua ambil posisi sebelah depan kabin untuk mula hari tersebut.

Tapi tak berapa nak sedap sebab kali flight gua ramai orang arab. Lu bukan tak tahu orang arab. Sombong, angkuh, bodoh, bengap, selfish, tak faham bahasa dan lain lain. You name it, dia orang tapau semua. Ok, tak semua macam tu. Maher Zain tak.

Di bahagian belakang kabin gua tengok dah ada sedikit scene kecoh. Gua tengok ada seorang pak arab pakai spect tu dah panas bontot kat belakang tu. Gua peratiii je pak arab tu. Tak lama kemudian, alang dan pejai dah sampai di tempat pak arab pakai spek tu. Kedengaran suara mereka bertiga naik mencanak dengan nada yang boleh tahan  keras. Macam pesen bertekak je gua dengar. Kelihatan pak arab spect dah mula bangun dari tempat duduk. Cilake! Alang dan Pejai nak bertumbuk tak ajak gua! Rocker macam gua memang pantang.

Namun gua maintain cool. Gua kasi settle kerja gua dulu baru gua datang. Perbalahan mereka bertiga tidak menemui penyelesaian. Makin gua sorong cart gua, gua serve satu satu penumpang yang di depan kabin tu akhirnya gua sampai tempat kejadian.

 "&^*&^$$#^%#&$%*&" kata pak arab spect tersebut berbahasa arab.

"I'm sorry sir, I afraid that Paratha Bread is finish sir. Can I offer you something else sir?" Ujar pejai dengan nada gay.

"&%$$@$%#^*&*" sambung pak arab itu dalam bahasa arab, kali ni dengan hand gesture Karam Singh.

"Its finish sir, only Noodles left." Kata si alang pula, tak berapa nak melayan.

"%$&*#@@I((^&^%$"

"Chicken..chicken!" akhirnya ada juga perkataan bahasa inggeris yang terpacul dari bibir pak arab.

"Its finish sir..finish. No more!" kali ni pejai bertegas.

"&*^&^$^&#%#@5...bla..bla...yada..yada....." Pak arab mula bersuara macam nak ajak bertumbuk.

Gua yang mula bosan dengan scene tersebut, nak tak nak, gua kena jadi hero jugak.



"Dey! Chicken....? Chicken...?" Kata gua sambil mengepak ngepakkan lengan buat signal ayam.

"Yes..yes...!" Pak arab mengangguk ligat sambil memandang tepat ke muka gua. Lalu gua balas.



"Dey! Sorry...Chicken....Sodaqallah hul' Azim!"

*****

Pak Arab pakai spect mengangguk faham lalu membisu pasrah.


Woi! Tu pun gua nak kena ajar ke?

05 January 2012

Menendang Katering

KL - Saigon

Pagi ni gua mula kerja aircraft yang menapak di bay H08. Gila gampang punya jauh, gua rasa cadang dekat Malaysia Airport supaya bagi cabin crew berbasikal dalam airport. Mohon Encik Tony support gua.

Masuk aircraft, gua nampak Razak tengah buat catering loading di belakang. Gua apa lagi, "Bro!! 3-1 , kehkehkeh". Muka Razak ketat, tak pedulikan gua. Mungkin Razak tension nak bunuh diri sebab menyu kalah dengan team pelengkap jadual, West Brom. Razak ni kalau lu nak tau dia top top budak menyu, tahap senior exec punya top.

Razak terus meloading tanpa menghiraukan gua. Tangan beliau kemas memasukkan meals dalam oven. Kakak kakak cleaner masih lagi sibuk membersihkan perut aircraft. Gua malas nak tegur, confirm dia nak tanya gua dah tengok Ombak Rindu ke belum. Gua alih pandangan balik ke Razak. 

"Bro, belakang penuh ye, seratus sepuluh. Tray ada seratus dua belas, hot meals gua bagi extra lapan." Ujar Razak dengan muka ketat campur tensen.

"Oraitt! Bro, 3-1!!" Tambah gua lagi campur sengih menganjing.

"Banyaklah kau, belah sini Bluberry Pancake tau, Jus tigapuluh box. Oren dan jambu campur." kata Razak.

"Okeyh, leading ada kat depan, suruh dia sain." Balas gua.

Razak selaku pegawai katering berkaliber berjalan ke cabin depan dengan lagak hero sebelum keluar dari perut aircraft.


*****

Settle hal ehwal galley, gua masuk cabin. Cilake! Banyak orang perancis. Punah harapan gua nak menapau passenger Vietnam. Dengan orang eropah ni, silap silap gua yang kena tapau. Masing masing particular dengan service, semua nak complaint.

"Woi! Lu salah aircraft. Aircraft ni tak pergi Paris!" Jerit gua dari belakang.

Orang orang perancis tersebut, tercengang. Terhenti sekejap riuh aktiviti boarding dalam aircraft. Semua senyap seketika dan pandang kat gua. Rata rata menggaru kepala tanda tidak faham apa yang gua jerit tadi. Gua serta merta menarik daun pintu dan masuk dalam tandas, menyorok kemaluan.


*****

Lepas semua passenger duduk senyap, gua patah balik masuk galley. Masa nak hidupkan oven, gua rasa sedikit tak sedap hati. Gua bukak balik oven dan buka lipatan aluminium meal. Gua tengok nasik lemak sambal ikan bilis dengan telor potong separuh, bukan Blueberry Pancake. Bodoh punya katering.

Satu kerja gua nak tenteramkan orang orang perancis ni kejap lagi.

-
-
-

Malam tadi menyu kalah lagi 3-0. Jaga kau razak.

03 January 2012

Nur Amalina Che Bakri : Suatu Perdebatan

This post is to answer the post of tekkaus.com.


Nur Amalina Che Bakri, was once breaking Malaysia's record by achieving 17A1 in Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) which is equivalent to worldwide O-level. Thus, she was sponsored by Bank Negara to study in United Kingdom and did he A-level in Cheltenham Ladies Collage. But recently Malaysia has shocked by the images portrayed by she in her Facebook page. Some refer it as nothing more but "Visual Transformation".

Dear friends,

It is not the matter of sexy attire that really trigger the grunt of the nation (especially Muslims), but it is the matter of what are the things that make her undergo the rapid image transformation. What has really happened towards her abroad? Does she able study conveniently? Does she being obstructed or disturbed from practising Islam while her presence in UK? And the most important is, what make she change her stand on her religion, Islam. Because she seems not practising it as she is not wearing hijab in her Facebook page.

"Come on, its just a visual transformation. Let her be, don't be conservative."

Visual transformation is derived from inner/spiritual transformation. Our attire indirectly portrayed what kind of people we are. I'm pretty sure that you will not wearing clown costume and walking at public places and post the picture of it to your Facebook if you are not a joker unless you are being forced. The problem is, does Amalina was forced to transformed at the first place? 

"Its not too sexy!"

For your information, wearing hijab that covering Aurah (All body parts except face and palms.) is mandatory for Muslim ladies. Yes, not every of them are wearing hijab, its their choice to practice it or not. But we must know that every action bring consequences. Those who are disobey will pay for that later in afterlife. 

"Why are you so busy taking care of her way of dressing? Get a life!"

As I mentioned, it is not the matter Amalina's attire, at the end its her choice. What I'm concerned is, what if other Muslims Ladies following her steps? She is a public figure, she can easily influence other people. And I as Muslim definitely do not want this to happen.

"As you said, its ones choice. So what is the problem?"

I'm sure that each of us have sisters or female relatives. Will us let them make any choice or decision that will bring them into a devastating fate? Definitely no. Because we care about them, we love them and we will not let anything bad happen to them. And as a Muslims, we all are brothers and sisters. I care.

Do you ever wonder why nuns wear like this?

01 January 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...