05 January 2012

Menendang Katering

KL - Saigon

Pagi ni gua mula kerja aircraft yang menapak di bay H08. Gila gampang punya jauh, gua rasa cadang dekat Malaysia Airport supaya bagi cabin crew berbasikal dalam airport. Mohon Encik Tony support gua.

Masuk aircraft, gua nampak Razak tengah buat catering loading di belakang. Gua apa lagi, "Bro!! 3-1 , kehkehkeh". Muka Razak ketat, tak pedulikan gua. Mungkin Razak tension nak bunuh diri sebab menyu kalah dengan team pelengkap jadual, West Brom. Razak ni kalau lu nak tau dia top top budak menyu, tahap senior exec punya top.

Razak terus meloading tanpa menghiraukan gua. Tangan beliau kemas memasukkan meals dalam oven. Kakak kakak cleaner masih lagi sibuk membersihkan perut aircraft. Gua malas nak tegur, confirm dia nak tanya gua dah tengok Ombak Rindu ke belum. Gua alih pandangan balik ke Razak. 

"Bro, belakang penuh ye, seratus sepuluh. Tray ada seratus dua belas, hot meals gua bagi extra lapan." Ujar Razak dengan muka ketat campur tensen.

"Oraitt! Bro, 3-1!!" Tambah gua lagi campur sengih menganjing.

"Banyaklah kau, belah sini Bluberry Pancake tau, Jus tigapuluh box. Oren dan jambu campur." kata Razak.

"Okeyh, leading ada kat depan, suruh dia sain." Balas gua.

Razak selaku pegawai katering berkaliber berjalan ke cabin depan dengan lagak hero sebelum keluar dari perut aircraft.


*****

Settle hal ehwal galley, gua masuk cabin. Cilake! Banyak orang perancis. Punah harapan gua nak menapau passenger Vietnam. Dengan orang eropah ni, silap silap gua yang kena tapau. Masing masing particular dengan service, semua nak complaint.

"Woi! Lu salah aircraft. Aircraft ni tak pergi Paris!" Jerit gua dari belakang.

Orang orang perancis tersebut, tercengang. Terhenti sekejap riuh aktiviti boarding dalam aircraft. Semua senyap seketika dan pandang kat gua. Rata rata menggaru kepala tanda tidak faham apa yang gua jerit tadi. Gua serta merta menarik daun pintu dan masuk dalam tandas, menyorok kemaluan.


*****

Lepas semua passenger duduk senyap, gua patah balik masuk galley. Masa nak hidupkan oven, gua rasa sedikit tak sedap hati. Gua bukak balik oven dan buka lipatan aluminium meal. Gua tengok nasik lemak sambal ikan bilis dengan telor potong separuh, bukan Blueberry Pancake. Bodoh punya katering.

Satu kerja gua nak tenteramkan orang orang perancis ni kejap lagi.

-
-
-

Malam tadi menyu kalah lagi 3-0. Jaga kau razak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...