22 January 2012

Nekad

21 Jan 2012, 8.30 Pagi.

Pagi itu gua subuh awal. Tak macam hari hari biasa, pukul 6.45 pagi baru terkebil kebil nak pergi air sembahyang. Gua resah, gelisah separuh malam gua tak lena. Perkiraan gua malam tadi umpama pertaruhan kalah mati. Keputusan yang bakal mengubah hidup gua. Gua perkira dokumen dokumen yang gua dah usahakan beberapa hari lepas selepas gua tiba dari Perth, semua dah lengkap seperti yang dijanjikan.

Tatkala mentari belum menyinar sesudah subuh, gua terduduk di ruang tamu. Milo panas yang gua bancuh tadi bertukar suam tanpa terusik sikit pun. Gua termenung melihat dokumen dokumen yang terdampar di atas meja kopi. Gua menarik nafas sedalamnya. Gua tidak mahu mengulangi kesilapan yang lalu. Gua dibayangi kisah silam gua yang tak pernah indah dalam membuat keputusan.

Tiba tiba satu susuk tubuh berkain pelikat yang ketika itu gua kira sedap untuk diterajang muncul dari balik daun pintu sebelah bilik air.

"Bro, awal lu bangun. Jadi ke hari ni bro?" Ujar Fadhil yang separuh mamai sambil mengosok mata.

"Ermm!" Angguk gua sambil merenung tajam dokumen dokumen atas meja.

"Serius ke bro? Habis Siti macam mana nanti?" Sambung Fadhil.

Gua menunduk senyap. Rasa bersalah mula menyelubungi diri, yang teramat. Tambahan pula nasihat ibu gua supaya setia pada yang satu pula terngiang tiba tiba dalam kepala. Namun tak mungkin gua nak nafikan yang satu lagi, si dia yang baru muncul dalam hidup gua.

Gua tak mengendahkan pertanyaan Fadhil. Gua tangkas menyimpan semua dokumen dokumen ke dalam beg gua dan berlalu menggalas beg tanpa menghiraukan Fadhil. Gua bertolak ke Ibu Kota.


*****


2.30 P.M.

"Woi, siapa punya kereta luar tu W** 5758?" Jerit Wai Kee, apek rumah sebelah. "Bawa olang baru ka?"

Gua cuma mampu tersenyum menggeleng pada Wai Kee. "Mana ada apek.." Jelas gua.

"Haiyoo! Apa jadi sama lu dengan Siti? Manyak kaya lah lu ini macam." kata Apek.

"Tak jadi lah apek, Honda City tak berapa power." Jawab gua tersengih.


*Bersambung...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...