30 January 2012

Diari Seorang Lelaki

Tertulis mengenai asal kejadian lelaki di kitab suci Al Quran, merangkumi seluruh sifat dan kisah kaum lelaki serta keturunannya. Betapa tergambar akan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh kaum lelaki dalam permusafiran mereka di alam fana yang sementara ini.

Dikalangan jutaan lelaki yang hadir di persinggahan yang sementara di dunia ini, tersebutlah kisah seorang lelaki lewat usia 30an yang bernama Murad tinggal di salah satu ceruk kota kolumpo yang tinggal bersama anak perempuannya, Salmah yang baru menjangkau lapan tahun. Si ayah yang bekerja sebagai operator di sebuah kilang kotak di kolumpo hanya mampu menyediakan kehidupan yang sederhana bagi kedua anak beranak tersebut. Namun begitu, si ayah perlengkapan secukupnya kerohanian si anak. Walaupun bekerja selama dua belas jam sehari, si ayah tetap meluangkan masa untuk mendidik anaknya mengaji Al Quran dan Fardhu 'ain. 

Salmah yang tidak pernah merasa kasih sayang seorang ibu tidak pernah pula rasa kurang kasih sayang. Murad yang telah kematian isteri sejak kelahiran Salmah telah membesarkan Salmah seorang diri dalam keadaan serba kekurangan. Murad merasa sebak setiap kali Salmah mendambakan mainan baru seperti yang dimilikki kawan kawan sebaya Salmah kerana Murad jarang kali mempunyai lebihan belanja untuk barang mainan Salmah. Pernah sekali Murad kerja double shift hanya kerana ingin membelikan kasut sekolah baru untuk Salmah kerana yang lama telah terkoyak ketika Salmah dibuli oleh rakan rakan sekolahnya..



Ah, malas aku nak sambung. Lambakan sinetron Indonesia di stesen tv tempatan memang neraka.

1 comment:

  1. hahahahahaha... sinetron ko memang terbaek nih.. tertunggu-tunggu sambungan ni.. hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...