24 January 2012

Luahan

Scene 1

Cilake, pagi yang permai di tahun baru cina gua kena call up pergi Bangkok. Call up pukul 8.00 pagi, tapi report duty pukul 9.30 pagi. Hilang akal apa office ni, ingat rumah gua nak pergi airport jauh dua jengkal. Derita gua ditambah apabila transport department call kata tak dapat jemput gua. Dengan gagahnya gua bersiap terus berlari mengheret trolley bag ke airport.

Gua sampai support building pukul 9.23 pagi, 7 minit sebelum gua di cop M.I.A. Lepas sign in, gua meluru berjalan dari support building ke main terminal building ikut aero bridge, abang office bagitahu gua yang crew gua semua dah masuk aircraft. Sedang gua berlari cemas melalui balai ketibaan, tiba tiba lengan sut gua ditarik seorang, gua toleh gua nampak seorang mak cik lingkungan empat dekad.

"Encik, tandas kat mane ye?" Kata makcik memandang tepat ke muka gua.

*****

Scene 2

Selepas touch down balik dari Hydrabad minggu lepas, gua mendapat ilham untuk mendapatkan sebotol minyak wangi sebelum balik. Keluar dari aircraft, gua ambil peluang pekena duty free shop di satellite builiding. Walaupun jerih sepuluh jam bekerja masih belum reda, gua perkasakan langkah gua ke kedai duty free untuk membelek  belek minyak minyak wangi demi mempertahankan imej hero gua. 

Hawa kedai, aroma kedai yang semerbak dan oksigen yang mencurah masuk melalui penghawa dingin sedikit sebanyak menghilangkan penat gua, gua jadi segar. Mata gua dijamu dengan minyak minyak wangi yang hilang akal punya mahal dan bungkusan coklat yang cukup menggamit pandangan mata. Yes! Gua berada di salah satu syurga membeli belah. Tidak lama kemudian, muncul seorang kutu dari sebalik rak rak himpunan coklat.

"Bang, tiket pergi Kota Kinabalu berapa harga ya?" Sergah kutu tersebut tanpa kata mukadimah.

*****


Gua stress tahu tak? Stress!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...