30 December 2011

Galaxy Note

Gampang punya proficiency test. Gua rasa benda ini tidak patut pun wujud. Menyusahkan cabin crew. Semua soalan gua jawab sambil menguap. Bagi kat budak darjah dua pun budak tu akan maki lu balik, sekeras keras maki hamun. Senang. Selesai ujian, gua, El, Izzat dan Fadhil pekena sarapan lewat di cafe tingkat lima.

Diatas meja, terlantar rokok jenama Winston, Dunhill Lite, Dunhill Menthol, iPhone, HTC Mozart dan Sony Ericcson milik Izzat yang cap apa gua tak ingat dah, henpon milik Izzat gua cekau buat main game motosikal barang seround dua. Sambil asap berkepul kepul di ruang angkasa gua leka pedajal henset beliau sedang aroma asap yang mencengkam hidung sampai ke tengkuk gua pun gua persetankan! Baru gua faham kenapa orang pakai henpon pesen skrin sentuh macam ini sekarang, silap silap gua berkayuh basikal ke rumah Izzat untuk merasa nikmat main game di henset beliau bila ada off. Gua? Henset gua masih hitam putih keypad keras, gua classic dan tak hadap sangat gadget baru baru ni. Member member gua sedia maklum hal ini.

Teett..teett..!

Tiba tiba satu terjahan mesej masuk ke henset gua. Cilake potong stim. Gua pause sekejap sambil jenguk henset gua.

"Woii! Aku dah beli Galaxy Note. Itu sahaja aku nak bagitahu." Ujar kutu Pak Din mengundang penyepak di muka.

"Powerlah kau. Kau beli kat mane? Weh! Kau kat mane ni? Aku nak pinjam!" Soal gua bertubi.

"Kat Solaris KL, aku tengah drive nak balik Johor ni...sambil main Dinner Dash."

"Haah!?" Soal gua berbaur rasa ajaib. "Cilake mane pernah dibuat orang hal sebegitu!" Sambung gua yang tak tecapai akal gua statement beliau tadi.

"Boleh je..." Ringkas beliau.

"Macam mana?" Reply gua laju.

Gua, walaupun kurang percaya muka gua dah naik biru. Berpeluh sejuk gua. Kang mampus eksiden mamat tu, tak sempat gua nak merasa Galaxy Note. Gua merenung tajam paparan skrin henset gua. Menunggu maklum balas dari beliau.

"Aku pegang stering dengan kote, power tak? Hehehe..." Sengih Pak Din.

Gua menggeleng kepala sambil beristighfar panjang membaca mesej beliau.

"Gua taip mesej guna kote, laju tak gua reply?" Sahut gua.


*****

Dua jam lepas mesej terakhir tu gua dapat call. Pak Din masuk hospital. Beliau kemalangan di kilometer 237 Lebuhraya KL-Johor. Kereta beliau remuk macam tin sardin, beliau patah kedua dua kaki, tangan kanan dan beberapa tulang rusuk. Gua saspek benda ni berlaku lepas mesej terakhir gua.

 Nasib Galaxy Note tidak diketahui. Demm! Tak sempat gua merasa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...