25 December 2011

Christmas Classic

Petang, 24 Disember 1996.

Petang yang redup. Angin sayup bertiup sepoi. Bawah pokok rambutan redup gua dan adik gua bermain kereta mainan. Gua menyorong kereta mainan gua menyusur kaki tangga rumah sampai bangku bawah pohon rambutan yang merimbun. Sambil menggerakkan kereta, gua buat mimik bunyi kereta sport. Serupa juga adik gua, beliau menyodok pasir pasir dengan jengkaut mainan beliau. Susuk tubuh kecil berumur lima tahun itu khusyuk mengatur gerak geri jengkaut memindahkan pasir ke dalam lori mainan bersulam desiran sound effect jentera buatan beliau. 

Perlahan gua menghampiri beliau, menjenguk projek mega yang di atur beliau.

"Dek, dah besar nanti kau nak jadi ape?" Soal gua memecah keheningan.

"Aku nak jadi Jeneral tentera!" Jawab adik gua.

"Alaa..macam dalam cerita cina petang petang tu. Cool kan?" Tambah beliau.

"Ooo..power..power. Macam ni la adik abang." Tokok gua sambil mengusap kepala beliau.

"Kau pula? Dah besar nanti nak jadi apa?" Balas beliau.

"Aku nanti dah besar nak jadi astronaut." 

"Boleh pergi ke angkasa lawan raksasa, menjaga keamanan dunia." Tambah gua.

"Wahh! Abang pun tak kurang power jugak." Ujar beliau kagum dengan visi gua.

Gua pandang tepat wajah beliau, gua senyum. Kami tersengih, memuji kepoweran masing masing.

Lepas tu gua dan beliau sambung bermain dengan riang gembira.

*****

Cukup jam, mak gua jerit dari rumah suruh balik makan nasik. Dengan muka comot kami belari menyusur tangga naik ke rumah. Malam tu gua dan adik gua dapat present Brickgame. Kehkehkeh..power.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...