07 February 2011

Sindrom Final Sem

Gua dilanda Sindrom Final Semester. Yakni buat kerja serba serbi lesu. Momentum gua nak belajar kurang. Gua dah kalut nak cari kerja. He he he. Maw cari duit maa. Kiri kanan gua tengok aktiviti manusia seakan mempunyai potensi menjadi kerja yang bakal gua kerjakan.

Tengok makcik jual nasik dagang, gua rasa mau kerja jual nasik dagang. Gua tengok orang cuci kereta, gua rasa mau kerja cuci kereta. Gua tengok orang buat home tutor, gua rasa mau jadi home tutor. Gua nampak duit di balik aktiviti aktiviti tu. Bloody Hell!

Sejak bila gua jadi mata duitan ni? Sejak Bila? Cakap!!

He. he. he. Ofkos laa. Gua mau kawen - Cepat! Nanti lu bising. Couple lu cakap haram. Kawen awal lu cakap gatal. Durjana sungguh.

Dah, gua ada kelas pukul tiga. Gua nak pukul pak cik lab petang sikit nanti, raya cina pun dia sibuk nak beraya juga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...