23 February 2011

Bunyi Gigit (Sound Bites)


Ini barang baik yang gua jumpa kat facebook member gua. Gua cakap, gila berani. Ha Ha Ha. Maaf, bukan maksud gua untuk memperlekehkan usaha pihak tertentu. Cuma gua excited ada pihak berani mati tegar untuk berbuat demikian. Solute!

Tidak banyak maklumat yang boleh diperolehi daripada poster tersebut. Sama ada organisasi penganjur, tarikh, tempat mahupun tuan empunya karya. Cuma jelas motif poster tersebut mengajak para mahasiswa melakukan perubahan berani mati. Namun dua sosok gua rasa gua kenal. Salah satu sosok tersebut mirip pengetua kolej tempat gua tinggal sekarang.

Andainya ia memang berkenaan atau sememangnya yang dimaksudkan adalah tuan pengetua kolej gua, gua musykil. Sepanjang gua berurusan mahupun berjumpa dengan beliau, gua rasa dia memang baik. Barangkali ada kehendak sesetengah pihak yang gagal beliau penuhi menyebabkan beliau di-pangkah sedemikian. Barangkali gua katak bawah tempurung, tidak tahu cerita bak kata orang. Lantaklah, tak kacau hidup gua sudah.

Ya, bahang revolusi pemerintahan di negara negara asia barat baru baru ini sedikit sebanyak tempiasnya sampai ke tanah air. Mahasiswa mula sedar akan kuasa dan pengaruh kaum belia dan remaja sesebuah negara. Apakah modus operandi revolusi di asia barat bakal jadi ikutan para mahasiswa?


Kalau tanya gua...





Kerja bangang korang nak buat ni. Dia jadi pengetua tak pengetua, gaji gred prof. madya dia tak luak pon. Bek baca buku jaga pointer. Apa apa hal nanti, tak habis makan korang. Emm..nak buat jawatakuasa suruh letak jawatan pun buatlah. Janji ikut saluran yang betul. Mengganas di jalanan bukan cara kita. He He He.

Kita tengok apa jadi nanti. He He He.

2 comments:

  1. dr anizu. ops!

    punya la bait.


    ala susah la nak puaskan hati berpuluh ribu student utm tok eh. ahahahaha

    ReplyDelete
  2. haaa....ni ada entry terbaru..ekekkee~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...