16 February 2012

Sung Yap

Waktu subuh masuk seawal jam empat setengah pagi. Gua hampir membeku walaupun aircond gua tutup semalaman. Heater bilik gua pula semput menjana bayu hangat supaya gua tenteram nak solat subuh. Telefon bilik gua berdering seawal jam enam pagi. Kedengaran suara Sung Yap di hujung talian konon konon nak buat wake up call untuk gua, mengingatkan gua akan plan hari ni. Cilake, bajet gua ni jenis tak bangun pagi ler ni.

Pukul lapan pagi, gua turun ke lobi dan melihat kelibat Sung Yap dah terpacak di situ. Gua menganggukkan kepala sebagai isyarat ke Sung Yap untuk terus masuk dalam perut shuttle. Gua dan Sung Yap tanpa winter coat gagah melangkah ke Taipei 101.

Gua dengan Sung Yap dan seorang lagi stewardess bersiar riang ria di Taipei 101 dan kawasan sekitarnya. Berbekalkan camera henset cap sony erriccson tahun 2008 gua secara profesionalnye mengambil gambar diri sendiri di sekitar kota metropolitan itu. Yang ajaibnya gua boleh buat bokeh lagi, panning jangan cakap. Mau tak terernye gua.

Sinonimnye aktiviti merayap ni tidak akan menemui kesudahan yang menggembirakan jika tidak makan. Puas tiga jam setengah melukis peta Taipei, masing masing perut kebulur. Mane taknye, brekfes tak pergi, winter coat pulak masing masing nak hero tak nak pakai. Tapi gua memang hero, bukan buat buat punya hero macam kutu dua orang tu. Gua still lagi boleh rilek makan singam dalam bayu dingin membeku.

Setelah masing masing selesai tersengih lapar antara satu sama lain, kami bertiga bertolak ke Xi Men naik metro. Sung Yap kate dekat sana ada makan murah dan sedap. Sampai satu jalan yang penuh bergelumang gerai makanan. Gua menjadi rambang mata.

Riang gua tidak panjang, gua rasa nak mengamuk lepas tu. Gerai gerai di jalan tersebut terpampang menu:


Nasi Babi
Babi kicap
Sup babi
Mi Sua Babi
Bak Kut Teh
Babi BBQ
Sosej Babi.


Sung Yap buat muka rilek je sedang gua dah mula kalut. Kalau dalam capaian gua, jangan tanya kenapa kalau Sung Yap terkena kepala paip.


Menyusahkan gua tau tak?

Xi Men Commercial Area.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...