21 July 2012

Ramadhan #1 Mazhab

1 Ramadhan, 2007.

Selesai solat sunat terawih yang luar biasa panjangnya bagi aku, aku pergi ke bahagian belakang surau. Baru lapan rakaat je aku dah termengah, terkial kial nak cari air oren. Aku melabuhkan punggung aku. Ternampak Hafiz Asrul memandang aku dari jauh lalu pergi kat aku dan menyapa,


"Pan, amacam terawih pertama kau? Ok tak?"

"Macam tu le pis..."

"Dah dua bulan dah kau syahadah ni, ade ape ape kemusykilan tak?" tanya Hafiz membuka perbualan.

"Alhamdulillah..setakat ini, ape yang di ajarkan aku faham." aku cuba mematikan topik.

"Ooo..bagusla macam tu.." Hafiz mengangguk perlahan.


Tiba tiba sesuatu terdetik dalam hati aku,


"Oh ya, ape maksud bagi istilah Mazhab ye?" soalan yang padu aku ajukan.


Hafiz Asnan menarik nafas dalam lalu menjawab,


"Menurut Islam, istilah mazhab secara umumnya digunakan untuk dua tujuan yang utama iaitu dari aspek akidah dan dari aspek fiqh. Mazhab akidah merupakan perkara perkara yang mempunyai hubunngkait dengan soal keimanan, tauhid, qadak dan qadar, dosa, pahala, syurga, neraka, kerasulan dan sebagainya. Antara contoh mazhab mazhab akidah Islam ialah Mazhab Syi'ah, Mazhab Khawarij, Mazhab Mu'tazilah dan Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah. Setiap kumpulan Mazhab akidah ini pula mempunyai mazhab mazhab fiqhnya yang tersendiri. Mazhab fiqh pula ialah apa sahaja yang berkaitan dengan soal hukum hakam, halal haram dan sebagainya. Contoh mazhab fiqh bagi Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah ialah Mazhab Maliki, Mazhab Hanafi, Mazhab Hambali dan Mazhab Syafi'e."


Aku tercengang sekejap, jawapan Hafiz tadi tu dia hembus senafas je. Tiba tiba aku rasa jakun dek ilmu makam tinggi si Hafiz Asrul ni.


"Haa, kau faham tak ape aku cakap tadi?" tanya Hafiz lagi.


Aku termenung sekejap, otak aku tengah ligat menyusun atur soalan lajutan untuk mengelakkan kecelaruan maklumat yang aku tengah alami. Aku perlahan menoleh semula tepat ke muka Hafiz untuk mengajukan soalan akhir.


"Jadi, kau Mazhab ape pis? Same tak kite?" 


Seraya itu Hafiz terbatuk batuk lalu pergi mendapatkan inhaler beliau.


Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...