22 July 2012

Ramadhan #2 Azan

"Pis...Bangun pis. Dah nak masuk waktu dah ni."


Hafiz Asrul menggeliat bangun dikejut aku. Malam tu aku dan Hafiz tido kat surau, banyak berborak dari qiamullail la tapinye, sampai dua per tiga malam.


"Masa dah nak habis dah pis, minum je air mineral tu, amik barakah sahur." Ujar aku lagi.

"Gile ah, boleh pula tak sedar. Baru hari kedua, macam mane ni pan." Jawab Hafiz bersuara halus.


Air mineral tadi Hafiz buat berkumur, cilake, aku baru minum sikit. Tapi aku abaikan, nak togok lagi pun tak sempat, waktu dah masuk.


"Weh, tak ade orang lagi la, kau pergi azan pis." Suruh aku kepada Hafiz.

"Pan, suara aku hilang la."

"Haaa? Ape dia?"

"Suara aku hilang, hilang faham?"

"oo..jadi, macam mane ni?"

"Macam mane ape pulak, kau la azan!" Tegas Hafiz lagi.


Mendengar perkataan Hafiz tu lutut aku menjadi lemah, peluh sejuk mula terbit kat leher aku. Hafiz pula bergegas ke bilik peralatan untuk menghidupkan PA system. Tidak lama kemudiannya, microphone diacukan kepada aku. Scene tersebut tak ubah macam hero filem omputeh kena acu dengan pistol, saat penentuan hidup mati.


"Kau ni betul ke pis? Aku mana pernah azan, kena azan pun tak pernah." soal aku teragak agak.

"Yer la..dah, cepat!" 



*****


Selepas salam solat sunat sebelum fardhu subuh, kedengaran motor ustaz Mahyudin parking kat tepi surau. Hafiz kat sebelah aku masih lagi terkumat kamit membacakan zikir dengan khusyuk. Entahla, tengah lena pun boleh jadi mamat tu. Ustaz tak lama kemudian datang dari arah belakang sambil memberi salam. Kelihatan budak budak lain pun turut datang pagi tu, cukup satu saf ramainya. Ustaz menghampiri aku lalu berbisik,


"Pan, awak ke yang azan tadi?"

"Haah...kenape ustaz?" Angguk aku perlahan sambil memandang ustaz dengan nervous.

"Takpe pan, boleh diperbaiki lagi." Sengih ustaz.


Cilake, pagi tu aku sahur makan dalam. Tak ape, lain kali aku tak nak azan, aku nak nyorok belakang kolah. Bior satu matrik batal puasa. 


*****


"Pan! Awak nak try iqamat tak?"

"Tak nak ahh!"


Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...