21 February 2012

Mengambil Lesen

Buat kelima kalinya, gua menduduki ujian praktikal memandu. Buat kesekian kalinya juga gua menghadap muka pegawai JPJ.

Kali ni persiapan gua rapi, kiri kanan lampu depan belakang cermin gua kasi ejas. Gear gua kasi free sebelum enjin gua start. Gua mula bergerak memacu Produa kancil setelah di arahkan brader JPJ. Sepanjang perjalanan sebelum masuk ke highway Seri Gombak segalanya berjalan lancar, brader JPJ pun rilek je bersiul lagu Green Day. Muke kalau diperati memang stok nak makan kaki, pakai spek hitam kepala botak. Kalau mengaku Pitbull, on the spot gua turun dan bakar kereta tu dengan brader brader tu skali.

Setibanya di simpang tiga, gua amik turn belok kiri masuk ke highway. Sedang stereng gua pusing kemas ke kiri, tiba tiba brader JPJ suruh gua stop dan berhenti di bahu jalan.

"Awak kalau nampak garisan, awak sepatutnya berhenti tau!" kata brader JPJ separuh menjerit.

Tiba tiba gua jadi jakun. Gua toleh toleh belakang balik, celah mane pulak ada garisan ni detik hati gua. Lainlah kalau gua belok kanan, kena berhenti sebelum garisan tu.

"Awak ni dah masuk kategori memandu secara berbahaya ni sebab tak berhenti pada garisan." Tambah brader JPJ lagi.

Gua terpinga pinga tidak puas hati, gua berlari ke tempat kejadian. Baru gua perasan jalan tu ada garisan laluan untuk pejalan kaki melintas jalan. Garisan putih pudar tersebut terbentang satu meter setengah di jalan yang gua lalu tadi. Cilake! Sape punye kerja yang tak cat garisan jalan ni?

"Maaf ye, kesalahan awak ni terlalu serius. Saya terpaksa gagalkan awak." kata Brader JPJ rilek.

Kalau gua hayun kepala paip, sah sah gua tak dapat lesen. Oh fakkk. Gua terpaksa menggunakan taktik terakhir gua.

*****


"Ok, jalan depan sikit. Berhenti kat belakang wira tu."

"Cun, siap dah. Nanti hari Jumaat awak boleh datang ambil lesen awak." tambah brader JPJ senyum lalu bersiul.

"Baiklah, terima kasih encik." balas gua.


Fuhh..mujur mujur... cukuplah lima kali, tak hadap gua nak belajar memandu ni lama lama. Namun demikian, gua terpaksa batalkan hasrat gua untuk membeli Galaxy Note pada hari tersebut kerana kekurangan wang.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...