04 December 2010

Jumaat

Hari ni gua bangun pukul 10. Tido lepas subuh memang tak terungkap nikmatnya. Mak gua dah bising bising, suruh gua bangun. Lagi dua jam setengah masuk waktu zohor. Mak gua memang giler sporting. Kasi ingat waktu solat lagi untuk gua. Tak pernah gua gadoh gadoh bab agama ni dengan family gua. Agaknya gua ada bakat berpolitik terpendam. (Lu ingat politik itu undi undi saja ka? Dalam rumah pun ada politik tau.)

1230
Gua turun rumah. Gua jalan kaki pegi surau pasal motor kat rumah buat perangai. Mau sepuluh minit gua jalan kaki. Sampai surau, gua nampak kosong!

Gua tak puas hati. Mana mungkin hari ini bukan jumaat pasal enset gua cakap hari ni hari jumaat. Gua belek pintu depan, pintu belakang dan tingkap surau. Memang sah. Takde orang. Gua dah mula cuak.

Nasib baik makcik yang jemur ikan kering dekat dekat situ datang kat gua. "Tempat semayang Jumaat dah tukar tempat la dik. Dorang buat kat surau baru. Bangunan dua tingkat kat simpang kampung nun."

Ciss! Tempat tu la gua lalu tadi. Mati mati gua ingat tempat tu pasar ikan. Gua patah balik. Sepanjang jalan gua memaki hamun. Kenapa benda ni boleh jadi?

Jawapannya ada pada Majlis Daerah Betong.

*****

Gua sampai lambat. Saff saff semua hampir penuh. Terpaksala Gua menyelit kat saff kanak kanak. Budak budak ni bukannya reti duduk diam. Maunye berlari lari dalam surau. Sekor sekor bau macam buaya. Sebab peluh berlari.

Lepas Iqamat je, laju laju gua masuk saff. Tak nak bagi kanak kanak ni penuhkan dulu. Ade yang belom wajib semayang pun lagi. Fuhh.. lu orang imagine, saff yang penuh dengan kanak kanak. Tiba tiba ada satu tunggul yang tinggi kat tengah tengah saff. Tak pernah gua semayang dikelilingi kanak kanak.

Kala gua semayang, concentrate dengan bacaan imam kat depan, Tiba tiba budak sekor kat sebelah aku ni mendongak, tenung muka gua. Gua malas nak layan. Gua buat tak tau.

Tak lama, dia main siku siku pulak peha gua. Belakang telinga gua dah mula merasa panas. Dia dongak balik, tengok gua dengan mata terbeliak. Gua still buat tak tau.

Kemudian, dia tarik tarik seluar gua pulak. Leher gua pulak panas. Nasib baik gua tak pakai kain. Kalau tak, buat free show je dengan budak budak tu. Dia dongak balik, tengok gua dengan mata terbeliak, serta mimik muka sedikit tak puas hati. Gua buat don't know.

Lepas tu, dia pijak pijak pulak kaki gua. Ok, dia berjaya. Gua dah menyirap. Gua hayun tangan gua kang batal semayang pulak. Takpe, gua tunggu.

Lepas je salam. Gua tenung budak tu. Dia jelir lidah lagi kat gua. Bangkai. Gua gertak dia balik. Dengan suara tinggi.

"Apa tengok tengok!. Cubit anu tu karang." Gua beliakkan mata.

Muka budak tu dah mula mendung. Tindakan bijak yang gua ambik, Cepat cepat gua turun tangga, pakai slipper. Gua cabut.

Dari jauh gua dengar suara budak nangis.

Ermm..minggu depan gua duduk sebelah imam la kalau macam ni.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...