01 December 2010

Masuk Pejabat


Ini hari gua pegi Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa UTM.

Kat pejabat HEMA UTM ni ada dua staff hal ehwal aktiviti persatuan dan kelab.
1. Abg sporting
2. Kakak Garang

*******************************

Pagi pagi lagi gua dah pakai cantek cantek ikut kod pemakaian UTM. Sampai awek gua pun puji puji yang gua tersangat ensem ari ni. ( x ensem, die nk plak kt gua.)

Terus laju laju gua pegi breakfast. Lepas tu menghala ke Pejabat HEMA UTM. Awek gua plak pegi LAB.


*******************************

Sampai pejabat, gua tekan mesin nombor giliran tu.
Pheww
!!
Dapat Kaunter Abg sporting tuh.

Gua pun terus menunggu giliran gua yang berbaki dua customer lg sebelum gua. Sekali brader kaunter pertanyaan psstt psstt kat gua. "Mamat ni pe hal plak.." detik hati gua.

"Adik tunggu ape dik?"

Gua dengan slumber tunjuk no giliran gua yang ade kat tangan gua time tu. Dia lepas tu pun angguk angguk kepala aje. Gua terus fokus menunggu.

"Psstt psstt..!!" signal brader tu lagi. Gua dah start menyirap. Gua dongak kepala signal "ape hal?"

Sekali tanpa di undang beliau menekan punat mesin angka giliran tu dan bagi kat gua. Mungkin dia tak nak gua lama lama kat situ kot.

Sekali dapat kaunter akak garang tuh.


BABI!!!!!


Gua tak pedulik. Gua tunggu jugak kaunter abang sporting tu.


*******************************

Giliran gua sampai akhirnya. sedang gua ber bissness situ, sekali akak kaunter biasiswa yang kat sebelah tengok gua dan sound:

"Haaa..macam ni lah dik...hari isnin smart day, kene pakai formal macam ni. Tengok, ensem ape. Staff pejabat pun kalah."

Gua toleh balik kaunter pertanyaan. Tengok brader tu bersiul tak berlagu sambil mata mengerling liar kat siling pejabat.

Dasar Neraka punya brader!!!

Hari Kejadian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...